
Kejadian tembak di KLIA Terminal 1 bersifat peribadi – Polis
PUTRAJAYA, 14 April – Polis mengesahkan berlaku kejadian tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 awal pagi tadi, bagaimanapun keadaan terkawal dan selamat.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata kejadian berlaku kira-kira 1.30 pagi melibatkan seorang lelaki telah melepaskan dua das tembakan dengan satu daripadanya terkena seorang lelaki tempatan yang juga pengawal peribadi.
“Pihak polis telah kenal pasti identiti suspek dan lancarkan operasi mengesannya yang dipercayai telah melarikan diri ke (arah) utara,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata kejadian adalah bersifat peribadi dan tidak melibatkan sebarang aktiviti keganasan atau mana-mana kumpulan.
“Siasatan lanjut polis mendapati lelaki itu sebenarnya mahu melepaskan tembakan ke arah isterinya yang berada di situ dan sedang menunggu kepulangan jemaah umrah.
“Bagaimanapun tembakan berkenaan terkena seorang individu mengakibatkan mangsa cedera parah, manakala suspek bertindak melarikan diri sejurus selepas kejadian,” katanya.
Hussein berkata motif kejadian masih dalam siasatan dan kes diklasifikasikan sebagai kes cubaan bunuh yang disiasat dibawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Akta Senjata 1960.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BELANJAWAN 2027: MELAKA HARGAI PERUNTUKAN, INISIATIF PEMBANGUNAN
AYER KEROH 9 Oktober - Kerajaan Negeri merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan atas pengumuman pelbagai peruntukan dan inisiatif pembangunan menerusi...
BELANJAWAN 2027: PENDAPATAN PENGGIAT E-HAILING, P-HAILING DIJANGKA NAIK
KUALA LUMPUR 9 Oktober - Pemandu e-hailing dijangka menikmati peningkatan pendapatan bersih sehingga RM227 sebulan, manakala penghantar p-hailing sehingga RM100...
BELANJAWAN 2027: 100,000 LANGGANAN AI PERCUMA UNTUK ANAK MUDA
KUALA LUMPUR 9 Oktober - Sebanyak 100,000 lagi langganan kecerdasan buatan (AI) percuma bakal ditawarkan kepada golongan muda, termasuk akses...
INTI PATI BELANJAWAN 2027
KUALA LUMPUR, 9 Okt - Berikut merupakan inti pati Belanjawan 2027 bertemakan ‘Malaysia MADANI: Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi’...
BELANJAWAN 2027: MELAKA BAKAL MILIKI PUSAT PERMATA KURNIA
KUALA LUMPUR 9 Oktober - Melaka antara dua negeri dipilih untuk pembinaan Pusat Permata Kurnia baharu yang menyediakan pendidikan, sokongan...
BELANJAWAN 2027: RM935 JUTA DIPERUNTUKKAN UNTUK PELANCONGAN DAN BUDAYA
KUALA LUMPUR 9 Oktober - Sebanyak RM935 juta diperuntukkan bagi sektor pelancongan dan budaya menerusi Belanjawan 2027 susulan keputusan kerajaan...
