
BELANJAWAN 2027: MELAKA NEGERI TUMPUAN PELABURAN, PEMBANGUNAN BAKAT
KUALA LUMPUR 9 Oktober – Melaka dipilih sebagai negeri tumpuan pelaburan dan pembangunan bakat menerusi inisiatif Melaka Centre of Excellence.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata inisiatif itu bertujuan membuka peluang pekerjaan dengan gaji bermaruah kepada anak Melaka.
Katanya, dibawah keserataan pembangunan negeri Melaka mesti menjadi tumpuan pelabur dan pembangunan bakat.
“Melaka Centre of Excellence membuka peluang pekerjaan dengan gaji bermaruah buat anak Melaka melalui latihan TVET berteknologi tinggi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2027 bertemakan Malaysia MADANI: Menggapai Langit, Mengakar di Bumi, di Dewan Rakyat, hari ini.
Sebelum ini, Kerajaan Negeri bakal merealisasikan penubuhan Pusat Kecemerlangan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET Centre of Excellence) tahun ini dengan cadangan awal lokasi di kawasan Ayer Keroh.
Timbalan Exco Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET negeri Datuk Khaidhirah Abu Zahar berkata, pusat kecemerlangan itu dijangka menjadi pemangkin utama pembangunan tenaga kerja berkemahiran mengikut keperluan industri di negeri ini.
Menurutnya, inisiatif Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh itu berperanan sebagai hab latihan bagi program peningkatan kemahiran dan latihan semula kemahiran dalam bidang teknikal serta vokasional.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.


