
Meriahnya raya di Rembia
REMBIA 27 April – Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia di Japerun Rembia, di sini, meriah apabila dibanjiri lebih 5,000 masyarakat tempatan.
Julung kali dianjurkan di bawah kepimpinan Penyelaras Japerun, Datuk Fairul Nizam Roslan, majlis itu turut dimeriahkan dengan masyarakat berbilang kaum.
Ia sekali gus menjadi lambang perpaduan dan keharmonian di Negeri Melaka dalam meraikan sambutan perayaan di negeri ini.
Majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam yang tiba kira-kira jam 9.14 malam.
Ketibaan Tun Dr. Mohd Ali disambut dengan lagu tema Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2204), ‘Senandung Anak Melaka’ nyanyian Yasser Fikri.
Turut hadir, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin; Timbalan Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri Zahari Abd Kalil serta lain-lain kenamaan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
UNIMEL SEMAKIN DISEGANI, JADI PILIHAN RAMAI
KUALA LINGGI 3 Jun - Kemampuan Universiti Islam Melaka (UNIMEL) untuk melahirkan graduan berkualiti dan mengikut keperluan pasaran kerja semasa...
WRUR BANDA HILIR: SENTUHAN MESRA MBMB CERIAKAN LIMA KELUARGA
BANDA HILIR 3 Jun - Senyuman terukir pada wajah lima keluarga kurang berkemampuan sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Banda Hilir...
KEUNIKAN MELAKA ‘PIKAT’ PELAJAR SAMBUNG PENGAJIAN DI UNIMEL
KUALA LINGGI 3 Jun - Kepelbagaian seni, warisan, budaya dan sikap peramah orang Melaka antara faktor yang 'memikat' pelajar luar...
RIDER PENGHANTAR MAKANAN MENINGGAL DUNIA SELEPAS SEBULAN KEMALANGAN
JASIN 3 Jun – Seorang rider p-hailing yang bertarung nyawa sejak sebulan lalu selepas terbabit dalam kemalangan di persimpangan lampu...
REMPEYEK KUACI ISTIMEWA KUALA SUNGGA
MACHAP JAYA 3 Jun - Bermula secara kecil-kecilan di rumahnya di Kampung Solok Batu Dinding, Kuala Sungga hampir 10 tahun...
CAJ PARKIR HOSPITAL BERMULA 1 JUN, MELAKA USAHA MOHON KADAR LEBIH RENDAH
AYER KEROH 3 Jun - Pelaksanaan caj parkir di Hospital Melaka yang mula berkuat kuasa sejak 1 Jun lalu diteruskan...

