
Polis buka kertas siasatan kes resit tertera perkataan hina Islam
BALIK PULAU, 16 Mei – Polis telah membuka kertas siasatan berhubung kes resit dikeluarkan sebuah restoran makanan segera yang didakwa tertera perkataan menghina Islam.
Ketua Polis Daerah Barat Daya SuptĀ Kamarul Rizal Jenal berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kes tersebut pada 8.46 malam, semalam.
āPada 15 Mei (Rabu) kira-kira 8 pagi terkesan satu gambar dimuat naik oleh pemilik akaun X, “@UPDATE1111”, dan susulan itu satu laporan diterima pada 8.46 malam.
āHasil siasatan mendapati terdapat satu pesanan diterima pada 5.05 petang dan mempunyai perkataan menghina di bahagian remark atau nota pesanan tersebut,ā katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.
Kamarul Rizal turutĀ meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung isu tersebutĀ yang boleh menjejaskan ketenteraman awam.
Semalam, tular di media sosial satu hantaran gambar resit yang dikeluarkan sebuah restoran makanan segeraĀ di Kenari Avenue di sini dengan kenyataan menyentuh isu 3RĀ (agama, bangsa dan institusi raja) di ruangan ‘remark’ oleh seorang individu yang memesan makanan berkenaan.
Dalam pada ituĀ Ahli Dewan Undangan Negeri Bayan Lepas Datuk Azrul Mahathir AzizĀ melalui hantaran di Facebook hari iniĀ berharap dalang di sebalik resit itu dapat ditahan dengan segera.
Menurutnya beliau sudahĀ berjumpa dengan wakil pengurusan di wilayah utara dan penyelia cawangan restoran makanan segera ituĀ semalam, selepas kes tersebut tular.
Azrul berkata beliau juga telah membuat laporan di Balai Polis Teluk Kumbar untuk membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut berhubung kes tersebut.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.


