Perkasa pembelajaran berasas teknologi

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

KUALA LINGGI 16 Mei – Pembelajaran berasaskan teknologi perlu diperkasakan lagi di Negeri Melaka sesuai dengan transisi kepada dunia digital yang giat berkembang ketika ini.

Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Rosli Abdullah juga mengakui trasfomasi digital menjadikan kerjaya guru ketika ini semakin mencabar.

Berikutan itu, Rosli yang juga bekas guru berharap warga pendidik di Negeri Melaka memanfaatkan sebaiknya perkembangan teknologi bagi melahirkan murid cemerlang akademik selaim meningkatkan tahap kemenjadian mereka sebagai insan berguna.

“Sesuai tema sambutan Hari Guru iaitu ‘Guru Jauhari Digital, Aspirasi Negara MADANI’ warga pendidik perlu bersedia dan mengatur langkah terbaik untuk mendidik anak bangsa.

“Sebagai seorang bekas pendidik saya amat memahami cabaran dihadapi seorang guru, namun kita perlu bijak dalam memastikan anak bangsa dapat dibentuk dengan kelebihan teknologi terkini.

“Mewakili Kerajaan Negeri, saya berharap guru-guru yang melentur kejayaan kepada generasi muda hari ini memanfaatkan teknologi kerana ia mampu membantu proses pembelajaran menjadi lebih efektif dan sistematik,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Rosli yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Linggi, memuji jasa semua guru kerana profesion itu membantu negara melahirkan pemimpin serta ramai lagi tokoh.

“Umpama menguruskan ladang, guru adalah individu menyemai dan menanam benih, disiram dengan penuh kasih sayang, dibaja dengan luhur serta budi supaya anak bangsa membesar menjadi insan berguna.

“Saya harap semua guru di negara ini dapat melaksanakan tugas dengan lebih baik dan yang paling penting keikhlasan itu perlu disemat, sudah pasti ada ganjaran yang Allah SWT akan berikan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

135
Kongsi :
Previous post MPHTJ tingkat tahap keindahan landskap, pencahayaan
Next post Polis buka kertas siasatan kes resit tertera perkataan hina Islam
Ubah saiz-+=