
Jenazah Hasnatul Adilah selamat dikebumikan
AYER LIMAU 9 Jun – Jenazah Guru Penolong Kanan 1, Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram, Hasnatul Adilah Hasan selamat dikebumikan kira-kira jam 8.50 malam.
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tangki Air, Ramuan China Besar.
Sebelum itu, jenazah Allahyarhamah yang berusia 48 tahun itu dibawa dari Hospital Muadazam Shah, Pahang ke Masjid Al Muhtadi, Ramuan China Besar, untuk disolatkan.
Solat jenazah diimamkan anak ke empat arwah iaitu Muzaffar Shah Saifullizan, 19 dengan dihadiri kira-kira 300 orang.
Hadir sama menyertai solat jenazah itu, Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer.
Anak bongsu arwah yang cedera dalam kemalangan sama, Muhammad Farouq Shaifullizan, 12, turut bersama mengiringi jenazah ibunya ke tanah perkuburan.
Terdahulu, talkin dibacakan Imam II Masjid Al Muhtadi, Ramuan China Besar, Ustaz Zamarol Akmar Muhammad.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TYT HAYATI MAGIS CINTA QAIS DAN LAILA DI PANGGUNG BANGSAWAN
BANDARAYA MELAKA 25 Julai - Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam hadir menyaksikan pementasan...
ZOO MELAKA, PPSPM LANCAR BOT HARIMAU MALAYA
AYER KEROH 25 Julai - Zoo Melaka terus memperkukuh jaringan kerjasama strategik bersama Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM)...
WRUR PANTAI KUNDOR: KES DENGGI MELAKA TURUN 45.5 PERATUS, SIFAR KEMATIAN
PANTAI KUNDOR 25 Julai - Melaka merekodkan penurunan 45.51 peratus kes demam denggi bagi tempoh sehingga Minggu Epidemiologi (ME) ke-28...
1,000 NELAYAN MELAKA TERIMA ALAT PENGESAN IKAN BERMULA HUJUNG OGOS
AYER KEROH 25 Julai - Kira-kira 1,000 nelayan berdaftar di Melaka dijangka menerima peranti Global Positioning System (GPS) dan alat...
CIKO, ZANA DAN PIA JADI DUTA KONSERVASI HARIMAU MALAYA ZOO MELAKA
AYER KEROH 25 Julai - Tiga Harimau Malaya yang menghuni Zoo Melaka iaitu Chiko, Zana dan Pia terus memainkan peranan...
BANJIR: SKUAD TOK RAUF GERAKKAN BANTUAN SEGERA, AGIH 2,000 PEK MAKANAN
PENGKALAN BATU 25 Julai - Skuad Tok Rauf menggerakkan misi bantuan segera dengan mengagihkan 2,000 pek makanan bermasak kepada mangsa...
