
Wanita kritikal terperangkap kebakaran bilik sewa meninggal dunia hari ini
MELAKA 15 Julai – Seorang wanita yang kritikal selepas terperangkap dalam kebakaran di sebuah bilik sewa bangunan empat tingkat di Jalan Plaza Mahkota di sini Khamis lepas, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Melaka hari ini.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata Azliha Ngah Ariffin, 40, yang beralamat di Pengkalan Pegoh, Lahat, Perak meninggal dunia pada 12.44 tengah hari tadi.
“Mayat kini dalam proses bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Khamis lepas, dua kanak-kanak perempuan dipercayai adik-beradik meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Melaka selepas terperangkap dalam kebakaran di sebuah bilik sewa berkenaan.
Nur Riaisha Zahra Abdullah, 2, dan Nuralia Karisa Abdullah, 12, bersama ibu mereka, Azliha, ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh anggota bomba di tingkat tiga bangunan rumah kedai itu.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MPV DIHEMPAP POKOK TUMBANG: ENAM TERMASUK KANAK-KANAK TERSELAMAT
JASIN 20 Ogos - Enam individu termasuk dua kanak-kanak terselamat apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka dihempap pokok tumbang...
LAMPU SOLAR TERANGI LOKASI GELAP DUN KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 20 Ogos - Pemasangan lampu solar di lokasi gelap dan laluan berisiko berlaku kemalangan antara usaha berterusan dilaksanakan...
MAIM GALAK UMAT ISLAM PERKASA INSTRUMEN SAHAM WAKAF
PENGKALAN BATU 19 Ogos - Umat Islam digalakkan untuk menyumbang kepada saham wakaf Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bagi pembinaan...
MPAG ‘SEGARKAN’ TAMAN REKREASI BUKIT BERINGIN
ALOR GAJAH 19 Ogos - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) terus memperkasa kemudahan awam dalam kawasan pentadbirannya menerusi projek naik...
THANUSAA CIPTA KEJUTAN, SUMBANG EMAS UNTUK MELAKA
AYER KEROH 19 Oktober - Melaka terus menambah kutipan pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor apabila atlet skuasy wanita,...
KARNIVAL FALAK BENTUK SAHSIAH UNGGUL MUSLIM
TANJUNG BIDARA 19 Ogos - Penganjuran Karnival Falak Peringkat Kebangsaan 2026M/1448H di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu pada 11...

