
Jom santai malam minggu di Alor Gajah
ALOR GAJAH 2 Ogos – Suasana malam di Bandar Alor Gajah kembali meriah menerusi penganjuran Car Free Zone @ Alor Gajah bersempena program Melaka Bila Larut Malam, esok.
Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) dalam satu kenyataan memaklumkan, program hari tanpa kenderaan atau santai malam minggu itu akan diadakan bermula pada jam 8.30 malam bertempat di Jalan Datuk Naning (hadapan Dataran Keris).
Menurut kenyataan itu, istimewanya bagi edisi kali ini akan diadakan program Adik-Adik Jom Mewarna dengan sasaran terhad kepada 80 peserta kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke bawah.
“Pendaftaran adalah percuma dan 40 peserta terawal akan menerima pensel warna secara percuma.
“Sebanyak lima lukisan terbaik akan menerima hadiah istimewa daripada MPAG, manakala 15 hadiah saguhati turut disediakan,” kata kenyataan itu.
Menurut MPAG, selain acara mewarna, pelbagai lagi aktiviti lain turut diadakan, antaranya permainan rakyat, berbasikal, berjalan kaki, papan selaju, kasut roda dan kenderaan elektrik untuk kanak-kanak.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RUMAH MAMPU MILIK RM250,000 KE BAWAH LARIS DI MAPEX MELAKA 2026
AYER KEROH 1 Mei – Rumah mampu milik bernilai bawah RM250,000 yang ditawarkan di Ekspo Hartanah Malaysia (MAPEX) Melaka 2026...
ANAK FELDA BUKIT SENGGEH BINA EMPAYAR BAS PELANCONG
ASAHAN 1 Mei – Minat berniaga sejak usia remaja menjadi titik tolak kejayaan seorang anak Felda membina empayar pengangkutan dan...
SURI RUMAH UBAH DAUN GETAH JADI HADIAH
ASAHAN 1 Mei – Seorang suri rumah di Kampung Jus berjaya mengubah daun getah menjadi pelbagai produk kraf bunga yang...
KUIH BAKAR JULANG NAMA ‘KAMPUNG KOBOI’
ASAHAN 1 Mei – Bermula daripada kegagalan dalam beberapa bidang perniagaan, anak jati Kampung Selandar kini berjaya mengangkat kuih bakar...
WRUR AYER KEROH: ‘TAK PERLU LAGI TADAH BESEN SETIAP KALI HUJAN’
AYER KEROH 1 Mei - Bantuan baik pulih kediaman daripada Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) memberi makna besar buat...
BERKAIN PELIKAT ‘GELECEK’ BOLA DI PANTAI KLEBANG
KLEBANG 1 Mei - Mengenakan kain pelikat dan bertanjak sambil menggelecek bola mencuri tumpuan pada hari pertama Festival Muzik Air...
