
Emas ke-18 Melaka dari gelanggang badminton
AYER KEROH 24 Ogos – Hari terakhir temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak menyaksikan Melaka terus menambah koleksi pingat emas.
Terbaharu menerusi acara badminton beregu campuran yang menyaksikan atlet Melaka Aaron Tai Wei Qin dan Noraqilah Maisarah Ramdan dinobat sebagai pemenang pingat emas.
Pada aksi final di Stadium Tertutup Sibu sebentar tadi, Aaron-Noraqilah menang ‘straight set’ 21-17, 21-16 ke atas beregu Pulau Pinang, sekali gus menambah pingat emas ke-18 buat Negeri Melaka.
Terdahulu, atlet e-Sukan, Muhammad Aman Sofee Mohd Zahari menceriakan kem SUKMA Melaka apabila meraih emas dalam acara e-Sukan individu Tekken-8.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘MASJID BONGSU’ PAYA RUMPUT AKHIRI PENANTIAN LEBIH 10 TAHUN
PAYA RUMPUT 7 Ogos - Penantian lebih 10 tahun penduduk Taman Cheng Perdana untuk memiliki masjid sendiri akhirnya terlerai apabila...
MIHF 2026 JADI TUMPUAN, SASAR 180,000 PENGUNJUNG
AYER KEROH 7 Ogos - Melaka International Halal Festival (MIHF) 2026 menyasarkan kehadiran 180,000 pengunjung dengan nilai jualan mencecah RM15...
TYT RASMI MASJID SAIDINA ABDUL RAHMAN BIN AUF
PAYA RUMPUT 7 Ogos - Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam, hari ini merasmikan Masjid...
ZIANA ZAIN, AMY SEARCH DAN ST12 GEGARKAN AMBANG MERDEKA 30 OGOS INI
KLEBANG 7 Ogos - Penyanyi terkenal legenda tanah air Ziana Zain dan Datuk Amy Search bakal menjadi antara tarikan utama...
SAADON, KHADIJAH MENITI USIA EMAS DI SYURGA IDAMAN
TELOK MAS 7 Ogos - Hasrat pasangan warga emas ini untuk melalui hari tua di kediaman lebih selesa dipermudahakan apabila...
INANG-INANG TIGA GENERASI TERUS MEKAR DI KAMPUNG KANDANG
AYER MOLEK 7 Ogos – Melihat ibunya semakin uzur dan tidak lagi mampu meneruskan perusahaan inang-inang yang diusahakan sejak turun-temurun,...
