
e-Sukan tambah pingat emas untuk Melaka
AYER KEROH 24 Ogos – Melaka meraih pingat emas ke-17 dalam e-Sukan menerusi acara individu Tekken-8 dalam temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak XXI, hari ini.
Pada aksi di Universiti Swinburne, Sarawak itu, Muhammad Aman Sofee Mohd Zahari menambah keceriaan buat kontinjen SUKMA Melaka dengan menewaskan atlet Johor.
Perlawanan akhir itu bagaimanapun menyaksikan Muhammad Aman Sofee terlebih dahulu tewas 1-3 pada perlawanan pertama, sebelum bangkit dengan kemenangan 3-1 pada perlawanan kedua.
Aksi ketiga, menyaksikan anak muda Melaka itu tewas tipis 2-3 dan seterusnya bangkit bergaya pada perlawanan keempat dan kelima dengan kemenangan 3-0 dan 3-0.
Ia menjadikan jumlah skor 12 berbalas 7 sekali gus mengesahkan pingat emas pertama dalam acara e-Sukan dapat dibawa pulang ke bumi Melaka.
Terdahulu, separuh akhir, Muhammad Aman Sofee menewaskan peserta dari Sabah, Zulfiqril Amarullah dengan mata keputusan 6-5.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA AGROFEST 2026 SASAR JUALAN RM1.6 JUTA
AYER KEROH 26 Julai - Melaka Agrofest 2026 menyasarkan nilai jualan RM1.6 juta, dengan jumlah pengunjung seramai 50,000 orang sepanjang...
ZOO MELAKA TAMPIL DENGAN IMEJ BAHARU, LEBIH MODEN DAN MESRA PENGUNJUNG
AYER KEROH 26 Julai - Zoo Melaka kini tampil dengan wajah baharu yang lebih moden, ceria dan mesra pengunjung menerusi...
2 JIWA 1 HATI MEDAN PENYATUAN
SUNGAI UDANG 26 Julai - Pertandingan Menembak Pistol sempena Kejohanan Sukan Dua Jiwa Satu Hati dan Sukan Antara Badan Beruniform...
TYT HAYATI MAGIS CINTA QAIS DAN LAILA DI PANGGUNG BANGSAWAN
BANDARAYA MELAKA 25 Julai - Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam hadir menyaksikan pementasan...
ZOO MELAKA, PPSPM LANCAR BOT HARIMAU MALAYA
AYER KEROH 25 Julai - Zoo Melaka terus memperkukuh jaringan kerjasama strategik bersama Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM)...
WRUR PANTAI KUNDOR: KES DENGGI MELAKA TURUN 45.5 PERATUS, SIFAR KEMATIAN
PANTAI KUNDOR 25 Julai - Melaka merekodkan penurunan 45.51 peratus kes demam denggi bagi tempoh sehingga Minggu Epidemiologi (ME) ke-28...
