
DUA LELAKI CEDERA DILIBAS PARANG DALAM KEJADIAN SAMUN DI TUMPAT
Ketua Polis Daerah Tumpat ACP Mohd Khairi Shafie berkata kejadian berlaku ketika kedua-dua mangsa berusia 26 dan 33 tahun itu sedang menjaga kedai mereka, sebelum dua lelaki yang menutup muka dan bersenjatakan parang menyerbu kedai tersebut.
“Mangsa bertindak melawan kedua-dua suspek sehingga menyebabkan mereka mengalami kecederaan pada tangan akibat dilibas senjata itu.
“Salah seorang mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian lengan kiri, manakala seorang lagi cedera ringan dan kedua-duanya dihantar ke Hospital Tumpat untuk menerima rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata semakan kamera litar tertutup ditempat kejadian mendapati suspek mengunakan kenderaan jenis Proton Saga BLM dengan nombor pendaftaran BKJ 897.
Pihak polis sedang mengesan pemilik kenderaan berkenaan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TOK RAUF INGATKAN PENGUNDI MUDA, BIJAK MEMILIH DEMI KESTABILAN
TANJUNG BIDARA 7 November – Pengundi muda diingatkan supaya tidak tersilap membuat pilihan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16...
PRN MELAKA: TOK JEZ BAKAL BENTANG PELAN ASPIRASI KHUSUS SUNGAI RAMBAI
SUNGAI RAMBAI 7 November - Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi N.28 Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai, Jezlee Pit...
BN-PN MENYATU, BEMBAN MENANG YADZIL DI BLOK KERAJAAN – AB RAUF
BEMBAN 7 November - Kerjasama politik yang terjalin antara parti komponen membuka ruang kepada calon Perikatan Nasional (PN) N.24 Dewan...
DEEPAVALI TETAP MERIAH DALAM BAHANG PRN MELAKA
BANDA HILIR 7 November - Bahang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 yang semakin terasa tidak sedikit pun memudarkan...
PRN MELAKA: ONN HAFIZ MAHU KERJASAMA BN-PN KEKAL SELAMA-LAMANYA
SERKAM 7 November - Kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) diharap dapat dikekalkan selama-lamanya bagi memperkukuh penyatuan...
PRN MELAKA: KJ LIHAT NORAZRIL ADA BANYAK KELEBIHAN DI REMBIA
REMBIA 7 November - Hubungan dua hala antara calon dan masyarakat setempat menjadi antara perkara yang ditekankan bekas Ketua Pemuda...
