
PENGASUH TASKA DISYAKI BUNUH BAYI DIREMAN 7 HARI
AYER KEROH 7 September – Pengasuh sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Taman Kelemak Utama, Alor Gajah, yang disyaki membunuh bayi lelaki berusia 8 bulan, semalam, direman selama tujuh hari di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini.
Perintah reman ke atas suspek seorang wanita berusia 34 tahun bermula hari ini sehingga 13 September dikeluarkan Majistret, Nor Syaliati Mohd Sobri.
Ia bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Suspek yang merupakan ibu kepada tiga anak tiba di mahkamah dengan diiringi pegawai polis kira-kira jam 9.30 pagi tadi.
Terdahulu, suspek ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di Taska berkenaan kira-kira 3.30 petang semalam.
Semalam, media melaporkan, seorang bayi berusia 8 bulan ditemui tidak sedarkan diri di taska berkenaan kira-kira jam 9 pagi.
Bapa bayi itu, Mejar Ir Ts Mohd Fikry Amri Abd Halim, 39, memaklumkan anaknya ditemui dalam keadaan muka kebiruan, selain mulutnya berdarah.
Dakwanya, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan anaknya dibedung, disumbat botol susu, ditutup dengan kain dan ditekup dengan bantal oleh pengasuh wanita itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
AH SEM PERTARUH REKOD BERKHIDMAT LIMA TAHUN
MACHAP JAYA 9 November - Rekod berkhidmat sepanjang lima tahun menjadi sandaran calon Barisan Nasional (BN) N.08 Dewan Undangan Negeri...
HELMY CAKNA ANAK ISTIMEWA
DUYONG 9 November - Pelbagai inisiatif bagi memperkasa pendidikan dan kebajikan anak-anak istimewa terus menjadi keutamaan calon kerusi Dewan Undangan...
UNDI AWAL KAYU PENGUKUR MOMENTUM SOKONGAN PRN MELAKA – AB RAUF
MACHAP JAYA 9 November - Proses pengundian awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 disifatkan sebagai kayu pengukur kepada momentum...
PRN MELAKA: MCA TIDAK AKAN TINGGALKAN MASYARAKAT CINA
BANDA HILIR 9 November - MCA tidak akan mengundur diri daripada memperjuangkan kepentingan masyarakat Cina di Melaka meskipun terpaksa bertanding...
MACHAP JAYA YAKIN MAMPU SUMBANG KEMENANGAN BESAR BUAT BN
MACHAP JAYA 9 November - Barisan Nasional (BN) yakin mampu menyumbang kemenangan besar di N.08 Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap...
PRN MELAKA: CALON PN AYER KEROH UBAH STRATEGI DEKATI ‘GEN Z’
BUKIT KATIL 9 November - Pendekatan kempen secara konvensional dilihat semakin mencabar untuk mendekati pengundi muda khususnya Generasi Z (Gen...
