
MELAKA REKOD 10.16 JUTA PENGUNJUNG SETAKAT OGOS
AYER KEROH 20 September – Melaka terus merekodkan peningkatan pengunjung bersempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) dengan jumlah keseluruhan 10.16 juta pelancong setakat Januari hingga Ogos lalu.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata jumlah kehadiran pelancong itu membabitkan peningkatan sebanyak 90.62 peratus.
Ab Rauf turut menzahirkan rasa terima kasih kepada semua jabatan, agensi dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam pelbagai program dilaksanakan untuk merancakkan TMM2024.
“Secara perbandingan setakat Ogos 2023 Melaka cuma menerima seramai 5.33 juta kehadiran pengunjung dan pelancong.
“Turut dimaklumkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) Melaka sepanjang Januari hingga Ogos tiada masalah atau isu membabitkan jenayah pelancongan berlaku seperti pencuri seluk poket, ragut dan pelbagai lagi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka Bagi Bulan September 2024 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.
Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Azhar Arshad; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri; ketua-ketua jabatan dan agensi serta para penjawat awam Negeri Melaka.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
1,000 IMARAH PAYA RUMPUT BERSELAWAT
PAYA RUMPUT 13 Februari - Hampir 1,000 penduduk sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput memenuhi perkarangan Stadium Hang Jebat,...
MELAKA SIAPKAN LIMA JALAN BAHARU SEPANJANG TIGA TAHUN UNTUK KESELESAAN RAKYAT
RIM 13 Februari – Kerajaan Negeri berjaya melaksanakan lebih lima projek jalan baharu dalam tempoh tiga tahun khususnya melibatkan laluan...
JALAN BAHARU JIMATKAN MASA PEMANDUAN, RANCAKKAN EKONOMI SETEMPAT
RIM 13 Februari – Pembukaan jalan baharu sepanjang 3.45 kilometer dari Persimpangan Rim ke Persimpangan Kampung Ulu Jasin bukan sahaja...
PENIAGA DIINGATKAN SUPAYA PATUH SHMMP
ALOR GAJAH 13 Februari - Kerajaan Negeri tidak akan berkompromi terhadap mana-mana peniaga yang dikesan gagal mematuhi Skim Harga Maksimum...
ADUAN RAKYAT PAYA RUMPUT DIKATEGORIKAN IKUT KEUTAMAAN – RAIS
PAYA RUMPUT 13 Februari – Semua aduan yang diterima pada Hari Aduan Rakyat akan dikategorikan mengikut keutamaan dan tempoh pelaksanaan...
SERONOK LAYAN RAGAM GAJAH BETINA ZOO MELAKA
AYER KEROH 13 Februari - Ada yang manja, ada yang degil tidak kurang ada juga yang kuat sentap. Itu antara...
