
WANITA WARGA INDONESIA CEDERA PARAH DITIKAM KEKASIH
JEMPOL 27 September – Seorang wanita warga Indonesia cedera parah di muka, perut dan bahu akibat ditikam kekasihnya dalam kejadian di Taman ACBE, Bahau, Jempol di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Jempol Superintenden Hoo Chang Hook berkata siasatan mendapati kejadian berpunca daripada pergaduhan antara pasangan itu di sebuah rumah pada 3.30 petang.
Beliau berkata punca pergaduhan ialah kerana wanita berusia 40 tahun itu ingin pulang ke Indonesia namun dihalang oleh lelaki berusia 38 tahun itu yang naik berang sebelum menikam mangsa.
“Suspek, yang merupakan warga Myanmar (Rohingya), bertindak memukul mangsa dan mengambil pisau lalu menyerang mangsa.
“Suspek kemudian melarikan diri dengan menunggang motosikal. Mangsa dihantar ke Hospital Kuala Pilah untuk mendapatkan rawatan lanjut,” menurutnya dalam kenyataan di sini.
Hoo berkata kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan jika disabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun, dengan denda atau sebatan. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
PANTAI HOSPITAL MELAKA BERWAJAH BAHARU, RUANG AWAM DAN AKSES PESAKIT DITAMBAH BAIK
AYER KEROH 3 Mac – Pantai Hospital Melaka kini berwajah baharu selepas kerja-kerja naik taraf ruang awamnya bagi menambah baik...
MPHTJ CADANG PERLUAS PROGRAM ‘FOOD RESCUE’
AYER KEROH 3 Mac - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) mencadangkan agar pelaksanaan inisiatif 'Food Rescue' yang dilaksanakan di...
MELAKA GEMPUR ‘MAT REMPIT RAMADAN’
AYER LIMAU 3 Mac - Kerajaan Negeri memandang serius kegiatan lumba haram dan aksi merempit yang semakin mencetuskan kebimbangan di...
TYT BERBUKA PUASA BERSAMA WARGA AYER LIMAU, IMARAH 2 MASJID
AYER LIMAU 2 Mac - Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam menyerikan Majlis Berbuka...
RAMADAN TIDAK HALANG KETUA MENTERI TURUN PADANG SANTUNI MASALAH RAKYAT
TANJUNG BIDARA 2 Mac - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh tidak menunggu lama atau bertangguh dalam mencari...
RAMADAN TIDAK HALANG KHIDMAT: KETUA MENTERI ATUR STRATEGI PENYURAIAN TRAFIK PERSIMPANGAN SOLOK DUKU
TANJUNG BIDARA 2 Mac - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mahu, masalah kesesakan di persimpangan lampu isyarat...

