
ANGGOTA POLIS PERAS UGUT PEKEBUN DITAHAN
Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris berkata lelaki berusia 40 tahun yang bertugas di sebuah balai polis di Bagan Datuk itu ditahan di Hutan Melintang pada 7 malam.
Beliau berkata suspek telah meminta mangsa yang berusia 37 tahun RM2,000 bagi menyelesaikan kes lampau pada 26 Sept lepas.
“Mangsa kemudiannya telah membuat laporan polis berhubung salah laku anggota polis tersebut pada Ahad lepas,” katanya ketika ditemui pemberita selepas nyanyian lagu Negaraku dan lafaz ikrar Rukun Negara peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di sini hari ini.
Azizi berkata kes disiasat di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan dan permohonan reman terhadap suspek akan dibuat di Mahkamah Sesyen Teluk Intan hari ini.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM SEDIA BANTUAN PENDAFTARAN KE IPT UNTUK ANAK ASNAF
PENGKALAN BATU 12 Jun – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terus komited memastikan anak-anak daripada keluarga asnaf tidak tercicir daripada...
POLITEKNIK MERLIMAU RANGKUL EMAS, DINOBAT FAC MASTER, LAYAK KE FIRA WORLD CUP 2027
JASIN 12 Jun - Kontinjen robotik Politeknik Merlimau Melaka (PMM) berjaya mengharumkan nama institusi itu, apabila merangkul satu pingat emas...
PAMERAN ROBOTIK, TEKNOLOGI DUNIA AI TERBESAR DI MELAKA ESOK
KESIDANG 12 Jun - Orang ramai berpeluang menyaksikan pameran robotik dan teknologi kecerdasan buatan (AI) terbesar serta paling interaktif yang...
SETIAP ANAK ADA KEISTIMEWAAN TERSENDIRI – ALLEX
KESIDANG 12 Jun - Kejayaan bagi kanak-kanak bukan diukur berdasarkan kecemerlangan akademik semata-mata, sebaliknya ada murid yang menyerlah dalam sukan,...
WRUR TELOK MAS ‘AJAK SEKAMPUNG’ MERIAHKAN 130 ACARA
TELOK MAS 12 Jun – Sebanyak 130 program menarik untuk segenap lapisan masyarakat bakal mewarnai kehidupan masyarakat di Dewan Undangan...
YAYASAN PELAJARAN MARA BANTU PERKASA AKADEMIK ANAK MELAKA
LENDU 12 Jun - Usaha memperkasakan bidang akademik anak Melaka turut mendapat kerjasama dan sokongan daripada Yayasan Pelajaran MARA (YPM),...
