ジョコが記者会見 インドネシア大統領選20190417200550_Data-のコピー-scaled.jpg)
Rakyat Indonesia dapat vaksin COVID-19 percuma
“Saya sampaikan bahawa vaksin COVID-19 untuk masyarakat adalah gratis (percuma).
“Sekali lagi gratis, tidak dikenakan biaya sama sekali,” kata Jokowi menerusi siaran di laman YouTube rasmi Sekretariat Presiden hari ini.
Jokowi turut mengarahkan Menteri Kewangan Indonesia, Sri Mulyani dan pemerintah provinsi agar mengutamakan peruntukan pembiayaan vaksin itu dalam Belanjawan 2021.
Pada 6 Dis lepas, Indonesia menerima sebanyak 1.2 juta dos vaksin COVID-19 dari China, manakala 1.8 juta dos lagi vaksin itu akan diterima pada awal Januari 2021.
Media tempatan sebelum ini melaporkan Indonesia menerusi Lembaga Biologi Molekuler Eijkman (LBM) badan di bawah Kementerian Riset dan Teknologi Indonesia telah bekerjasama dengan syarikat biofarmaseutikal dari China, iaitu Sinovac Biotech bagi melakukan penyelidikan vaksin COVID-19.
Menerusi kerjasama itu, Indonesia juga membangunkan vaksin “Merah Putih” dan sekiranya berjaya dijangka sebanyak 290 juta dos vaksin akan dikeluarkan menjelang pertengahan 2021.
— BERNAMA
Views:
Related


Berita Lain
RM1 JUTA LONJAK IMEJ MORTEN WALK
KOTA LAKSAMANA 21 Jun - Morten Walk di Kampung Morten, di sini, bakal berubah wajah menjadi sebuah pusat perniagaan lebih...
‘JIKA MELAKA ADALAH POHON, JASIN ADALAH AKARNYA..’
RIM 21 Jun - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) yang bakal berkampung selama sebulan di Parlimen Jasin bakal merealisasikan...
MELAKA SATU-SATUNYA NEGERI WAKIL RAKYAT TURUN PADANG SETIAP HARI
RIM 21 Jun - Melaka terus membuktikan pentadbiran Kerajaan Negeri benar-benar dekat di hati rakyat menerusi pelbagai usaha dan inisiatif...
WRUR: LEBIH 300 PROGRAM DEKATI 134,000 RAKYAT JASIN
RIM 21 Jun - Lebih 300 program bermanfaat untuk rakyat akan diadakan selama empat minggu Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR)...
PEMBIAYAAN LEBIH RM92 JUTA DILULUSKAN DI MELAKA, 4,300 USAHAWAN DAPAT MANFAAT
KOTA LAKSAMANA 21 Jun - Lebih 4,300 usahawan di Negeri Melaka telah menerima manfaat pembiayaan berjumlah lebih RM92 juta setakat...
HARGA DIESEL BERSUBSIDI RM2.10 SELITER UNTUK RAKYAT MALAYSIA MULAI JULAI – PM ANWAR
BINTULU, 21 Jun - Kerajaan MADANI akan menurunkan harga diesel bersubsidi untuk rakyat Malaysia kepada RM2.10 seliter mulai Julai 2026,...
