
Sulaiman terima kejutan ucapan Hari Lahir dari Presiden FAM
BANDA HILIR 20 Dis. – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali menerima kejutan daripada Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA) sempena menyambut ulang tahun kelahirannya ke-55 hari ini.
Beliau yang juga Presiden MUSA diraikan dengan pulut kuning dan nyanyian lagi ‘Allah Selamatkan Kamu’ sebaik sahaja diminta turun dari pentas utama untuk menerima cenderahati daripada MUSA.
Lebih mengejutkan, beliau turut menerima rakaman video daripada Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Hamidin Mohd Amin yang menyanyikan lagu ‘Happy Birthday’.
Terdahulu, Sulaiman dalam ucapannya berkata, majlis kongres kali ini yang sepatutnya diadakan pada beberapa bulan lalu terpaksa ditangguhkan berikutan keadaan pandemik COVID-19 yang tidak menentu.
“Alhamdulillah, pada hari ini, kita berjaya juga mengadakan majlis ini dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.
“Bagaimanapun ia tidak ada kena-mengena dengan tarikh hari lahir saya,” katanya berseloroh.
Views:
Related

Berita Lain
‘SAYA BEKERJA DARI HATI’ – AB RAUF KONGSI RAHSIA TIGA TAHUN PACU KEJAYAAN MELAKA
BANDARAYA MELAKA 14 Mac - Tanggal 31 Mac 2026 genap tiga tahun Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mentadbir Melaka...
MEDIA IBARAT ‘TEMBOK’ DI SEBALIK KEJAYAAN MELAKA
BANDARAYA MELAKA 14 Mac - Di sebalik pelbagai kejayaan dikecap Melaka sepanjang tiga tahun ini, berdirinya sosok pengamal-pengamal media yang...
PERAHU NAGA ‘GERGASI’ BAKAL PUKAU ORANG MELAKA
SERI NEGERI 13 Mac - Perahu naga terbesar sepanjang kira-kira 30.50 meter dari Shuang Rao, China bakal dipamerkan di Melaka...
57 DITANGKAP TAK PUASA DI MELAKA
BEMBAN 13 Mac – Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) setakat ini merekodkan 141 tangkapan melibatkan pelbagai kesalahan sepanjang Ramadan tahun...
BUANG SAMPAH: 85 TERMASUK REMAJA DI MELAKA BAKAL JALANI KHIDMAT MASYARAKAT
KLEBANG 13 Mac - Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Melaka telah mengenal pasti 85 individu di negeri...
TUN DR. MOHD ALI RASMI MASJID AL-HAKEEM, TEHEL
BEMBAN 13 Mac – Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam merasmikan Masjid Al-Hakeem, Tehel sempena...

