
130 ASNAF, IBU TUNGGAL TABOH NANING DISANTUNI
TABOH NANING 21 Mac – Seramai 130 insan memerlukan dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Taboh Naning dibantu bersempena Ramadan dan Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taboh Naning Datuk Zulkiflee Mohd Zin memaklumkan, kesemua mereka terdiri daripada asnaf, ibu tunggal dan anak yatim yang dikumpulkan dari 10 buah kampung.
Beliau yang juga Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri berkata, kesemua mereka menerima wang tunai, kit makanan, bubur kacang dan seekor ayam segar.
“Diharap sumbangan ini dapat meringankan beban keluarga ini dalam menghadapi Ramadan bulan penuh keberkatan dan seterusnya menyambut Aidilfitri dengan penuh kesyukuran,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyampaian Bantuan Ramadan Peringkat DUN Taboh Naning di Dewan Besar Kompleks Japerun Taboh Naning, di sini, baru-baru ini.
Menurut Zulkiflee, selain sumbangan, majlis itu turut menonjolkan semangat kerjasama antara pemimpin dan masyarakat menerusi gotong-royong memasak bubur kacang untuk diagihkan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TEKAD SHERWIN PADA PARA SUKMA 2026
AYER KEROH 16 Februari - Atlet powerlifting Melaka, Sherwin Kumar, 17, nekad memperbaiki pencapaian peribadi pada Para Sukan Malaysia (Para...
KUDA PONI COMEL ZOO MELAKA BIKIN JATUH CINTA
AYER KEROH 16 Februari - Saiznya yang kecil dan comel selain kelincahannya bermain pastinya membuatkan ramai yang jatuh cinta dengan...
PPSPM IMARAH RAMADAN DENGAN PROGRAM KEROHANIAN, KEBAJIKAN
DUYONG 16 Februari - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) merancang pelbagai program kerohanian dan kebajikan sepanjang bulan Ramadan...
REZEKI KONSERT AMAL, DUA PENGUNJUNG MENANG MOTOSIKAL
PAYA RUMPUT 16 Februari - Bukan sahaja terhibur dengan persembahan artis, malah suami isteri ini tersenyum lebar apabila membawa pulang...
522 PLOT TANAH KUBUR KAMPUNG KRUBONG DIDIGITALKAN
PAYA RUMPUT 15 Februari - Kampung Krubong menjadi kampung pertama di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput yang melaksanakan...
TOK RAIS TUNAI JANJI, SEDIA TAPAK PERKUBURAN BAHARU
PAYA RUMPUT 15 Februari - Kerisauan berhubung keluasan kawasan tanah perkuburan semakin menyusut di Kampung Krubong akhirnya menemui penyelesaian apabila...
