
PPSPM KONGSI REZEKI BUBUR LAMBUK
BANDA HILIR 22 Mac – Lebih 400 bubur lambuk diagihkan Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) kepada pengguna jalan raya di sekitar Banda Hilir dan Pengkalan Rama, di sini, semalam.
Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM, Shaharul Azuar Idris berkata, program mengagihkan bubur lambuk itu adalah acara tahunan PPSPM setiap kali Ramadan.
Katanya, bubur lambuk tersebut telah dimasak oleh kakitangan PPSPM seawal jam 9.30 pagi sebelum diagihkan kepada pengguna jalan raya kira-kira jam 3.30 petang.
“Acara tahunan memasak dan mengagihkan bubur lambuk dalam kalangan kakitangan dan orang awam ini merupakan acara tahunan yang mana kita bersama-sama bergotong-royong memasak hidangan tersebut.
“Bukan sekadar memasak bersama, mengagihkan bubur lambuk ini juga diadakan bersama-sama untuk memupuk semangat kekitaan dalam kalangan kakitangan PPSPM sendiri,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Mengulas lanjut, Shaharul Azuar berkata selain bubur lambuk, sebanyak 400 air bandung soda turut diagihkan di sekitar kawasan terlibat.
“Seawal jam 5 petang semua bubur lambuk tersebut telah selesai diagihkan kepada masyarakat sekitar,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TOK AJAK ‘HIDUPKAN’ BELIA DAN SUKAN TELOK MAS
TELOK MAS 20 Ogos – Pembangunan fasiliti sukan untuk golongan belia di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas terus diperkasa...
MPV DIHEMPAP POKOK TUMBANG: ENAM TERMASUK KANAK-KANAK TERSELAMAT
JASIN 20 Ogos - Enam individu termasuk dua kanak-kanak terselamat apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka dihempap pokok tumbang...
LAMPU SOLAR TERANGI LOKASI GELAP DUN KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 20 Ogos - Pemasangan lampu solar di lokasi gelap dan laluan berisiko berlaku kemalangan antara usaha berterusan dilaksanakan...
MAIM GALAK UMAT ISLAM PERKASA INSTRUMEN SAHAM WAKAF
PENGKALAN BATU 19 Ogos - Umat Islam digalakkan untuk menyumbang kepada saham wakaf Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bagi pembinaan...
MPAG ‘SEGARKAN’ TAMAN REKREASI BUKIT BERINGIN
ALOR GAJAH 19 Ogos - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) terus memperkasa kemudahan awam dalam kawasan pentadbirannya menerusi projek naik...
THANUSAA CIPTA KEJUTAN, SUMBANG EMAS UNTUK MELAKA
AYER KEROH 19 Oktober - Melaka terus menambah kutipan pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor apabila atlet skuasy wanita,...
