
POLIS MOHON BANTUAN KESAN LELAKI HILANG SEJAK 5 APRIL
KUALA LUMPUR 7 April – Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki berusia 44 tahun yang dilaporkan hilang di Petaling Jaya pada Sabtu lepas.
Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Supt M Hussin Solehuddin Zolkifly berkata lelaki terbabit dilihat kali terakhir berada di Transit Aliran Massa (MRT) Damai, Petaling Jaya pukul 5.15 petang pada hari kejadian.
“Lelaki itu berkulit putih, mempunyai ketinggian 173 sentimeter dengan berat lebih kurang 77 kilogram, berambut lebat pendek, hidung mancung dan mempunyai bibir mulut nipis,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Orang ramai boleh menghubungi pusat kawalan daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya melalui talian 03-79662222 jika mempunyai maklumat berkaitan lelaki berkenaan.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PROJEK HIDROPONIK PEMANGKIN SOSIOEKONOMI PENDUDUK KAMPUNG PULAU
TANJUNG BIDARA 21 Ogos - Projek Hidroponik UniMADANI yang dilaksanakan sebagai projek rintis di Kampung Pulau, di sini, bakal memberi...
PERMUDAH BANTUAN KEBAJIKAN, PASTIKAN TIADA YANG TERCICIR DI REMBIA
REMBIA 21 Ogos - Aspek kebajikan rakyat menjadi antara agenda utama yang diberi perhatian dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia...
MERDEKA LEBIH BERMAKNA DI DUN PANTAI KUNDOR
PANTAI KUNDOR 21 Ogos - Pelbagai program sempena Bulan Kebangsaan yang diadakan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor...
BISKUT TONGKAT AIR TANGAN PESARA GURU
REMBIA 21 Ogos - Mungkin ramai yang tidak tahu, biskut tongkat yang menjadi pelengkap hidangan secawan teh atau kopi menjadi...
MELAKA TUAN RUMAH PERTEMUAN TIDAK RASMI MENTERI AGAMA MABIMS
AYER KEROH 20 Ogos - Melaka dipilih sebagai tuan rumah Pertemuan Tahunan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama Brunei Darussalam, Republik Indonesia,...
PERKHIDMATAN KARDIOLOGI, KARDIOTORASIK DI PUTRA SPECIALIST HOSPITAL BERMULA 1 SEPTEMBER
AYER KEROH 20 Ogos - Putra Specialist Hospital (Melaka) Sdn Bhd akan menyediakan perkhidmatan kardiologi dan pembedahan kardiotorasik bermula 1...