
SELISIH FAHAM ANGKARA PARKIR, WARGA EMAS PATAH TULANG BELAKANG
ALOR GAJAH 15 April – Warga emas patah tulang belakang selepas ditolak seorang lelaki akibat perselisihan faham dalam kejadian di hadapan sebuah pasaraya di Masjid Tanah, di sini, jam 10.30 pagi 4 Februari lalu.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, hasil siasatan pihaknya mendapati perselisihan faham itu dipercayai berkaitan parkir kenderaan.
Katanya, susulan laporan diterima daripada mangsa berusia 82 tahun pihaknya menahan seorang lelaki berusia 65 tahun Ahad lalu bagi membantu siasatan kes.
“Ketika kejadian mangsa dikatakan ditolak oleh suspek menggunakan tangan dengan kuat menyebabkan dia jatuh terlentang dan di atas jalan hingga mengalami patah tulang belakang.
“Suspek ditahan reman bermula 14 hingga 16 April bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah yang jika sabit kesalahan boleh dihukum dihukum penjara maksimum tujuh tahun dan denda,” katanya menerusi satu kenyataan.
Menurut Ashari, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengetahui punca sebenar kejadian melibatkan kedua-dua lelaki berkenaan hingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
30 PROGRAM RAKYAT GEGAR WRUR SERKAM
SERKAM 29 Jun - Sebanyak 30 program telah disusun sepanjang penganjuran Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri...
PESANAN TOK RAUF JADI AZIMAT BERMAKNA BUAT ANAK MUDA MELAKA
MERLIMAU 29 Jun - Pesanan dan amanat yang disampaikan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh kepada peserta Program...
RENTAK PERAHU NAGA SERLAH MAGIS SUNGAI MELAKA
BANDA HILIR 28 Jun – Penganjuran Perlumbaan Perahu Naga 2026 terus memberi nilai tambah kepada sektor pelancongan apabila berjaya menarik...
PERLUMBAAN PERAHU NAGA ANGKAT SUNGAI MELAKA DESTINASI BERPRESTIJ SUKAN AIR
BANDA HILIR 28 Jun - Sungai Melaka terus membuktikan keupayaannya sebagai destinasi berprestij acara sukan air bertaraf antarabangsa apabila berjaya...
INDUSTRI NANAS MELAKA TERUS BERKEMBANG
BANDA HILIR 28 Jun - Industri nanas di Melaka terus mencatat perkembangan memberangsangkan apabila keluasan tanaman komoditi itu meningkat lebih...
1,000 PESERTA MERIAHKAN KARNIVAL CERIA SIMPAN SSPN
BANDARAYA MELAKA 28 Jun - Karnival Ceria Simpan SSPN (KCS) 2026 berlangsung dalam suasana meriah dengan penglibatan kira-kira 1,000 orang...
