MELAKA SASAR JADI HAB SEMIKONDUKTOR, TEKNOLOGI CANGGIH – AB RAUF

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

AYER KEROH 13 November – Melaka menyasarkan untuk memperkukuh kedudukannya sebagai hab industri semikonduktor dan teknologi canggih menerusi usaha menarik lebih banyak syarikat teknologi global melabur di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf Yusoh berkata, tumpuan itu selari dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk membawa sektor pembuatan Melaka ke tahap lebih tinggi dengan memberi penekanan kepada industri elektronik bernilai tinggi, semikonduktor dan teknologi canggih.

Menurutnya, usaha berkenaan juga seiring dengan Strategi Semikonduktor Kebangsaan (NSS) yang menjadi antara landasan untuk memperkukuh industri semikonduktor negara.

“Kita mahu melihat lebih banyak syarikat teknologi global memilih Melaka sebagai destinasi pelaburan, selain membuka ruang kepada perniagaan tempatan untuk menyertai rantaian bekalan industri berkenaan.

“Usaha ini akan disokong menerusi penyediaan infrastruktur perindustrian yang kukuh, proses pelaburan lebih cekap serta pembangunan tenaga kerja mahir bagi memenuhi keperluan industri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Grand Opening Ceremony KOA Denko Malaysia Sdn Bhd, di sini, hari ini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Salhah Salleh; Pengarah Urusan KOA Denko Malaysia Sdn Bhd Akira Kinoshita dan Pengerusi KOA Denko Malaysia Sdn Bhd Kazuaki Kitazawa.

Ab Rauf berkata, Melaka mempunyai asas perindustrian yang kukuh dengan lebih 400 syarikat pembuatan beroperasi di seluruh negeri, termasuk hampir 30 syarikat dari Jepun.

“Malah, negeri ini merekodkan pelaburan diluluskan berjumlah RM14.68 bilion membabitkan 312 projek pada 2025 iaitu pencapaian tertinggi dalam tempoh 22 tahun,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

197
Kongsi :
Previous post PRN MELAKA: DIRA SASAR SOKONGAN LEBIH 3,000 PENGUNDI BAHARU
Next post ABDUL HADI GUNA ANALOGI WUDUK JELASKAN KEWAJIPAN MENGUNDI