Sorting by

×

PBT PEMANGKIN KEMAJUAN KOMUNITI

Masa Membaca:1 Minit, 33 Saat

LENDU 22 Mei – Selain menyediakan kemudahan dan infrastruktur secara fizikal semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini diminta untuk bersama-sama melaksanakan program yang memberikan impak terhadap kualiti hidup komuniti dalam kawasan pentadbiran masing-masing.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin berkata, selain pemimpin setempat PBT adalah antara agensi yang dekat dengan rakyat.

Katanya, bersempena penganjuran Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) semua PBT diminta untuk bersama-sama turun padang menyantuni rakyat menerusi pelaksanaan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) mengikut kesesuaian dan keperluan komuniti setempat.

“Contoh bagi WRUR Dewan Udangan Negeri (DUN) Lendu, Majlis Perbandaran Alor Gajah melaksanakan Program Masyarakat Di Hati MPAG 2025. Sementara itu bagi WRUR DUN Sungai Udang, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) tampil dengan Program Bandaraya Penyayang MBMB.

“Sebelum ini bagi WRUR DUN Pengkalan Batu, Majlis Perbadaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) juga turun padang menyantuni rakyat. Selepas ini Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) juga akan dilibatkan apabila tiba giliran WRUR di DUN termasuk dalam kawasan tanggungjawab mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Masyarakat Di Hati Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) 2025 di Kampung Bukit Beringin, Masjid Tanah, di sini, semalam.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lendu merangkap Ketua Menteri Melaka ke-12, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali; Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Zulkiflee Mohd Zin; Yang Dipertua MPAG, TPr. Saifuddin Abdul Karim; Setiausaha MPAG, Radzyma Mahat, Ketua Ahli Majlis MPAG, Ghafar Ngah; Ahli-Ahli Majlis serta ketua-ketua jabatan MPAG.

Mengulas lanjut Rais yang juga Penyelaras DUN Sungai Udang berkata, selain taman perumahan, PBT juga diharap dapat melaksanakan lebih banyak CSR di kawasan kampung.

“Menerusi inisiatif ini seluruh warga kerja PBT di Negeri Melaka turun padang untuk menyumbangkan tenaga atau buah fikiran kepada masyarakat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

383
Kongsi :
Previous post SAMBUNG SEMULA PERKHIDMATAN BAS AWAM DI KAMPUNG LENDU
Next post WRUR: HAMPIR 400 RUMAH DI DUN SUNGAI UDANG TERIMA ALAMAT KAMPUNG DIGITAL