Sorting by

×

FELDA TUN GHAFAR HUTAN PERCHA JOHAN LANDSKAP TERBAIK NEGARA

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

MACHAP JAYA 29 Jun – Felda Tun Ghafar Hutan Percha mengharumkan nama Negeri Melaka apabila dinobat johan Landskap Terbaik Negara Peringkat Kebangsaan 2025 bagi kategori Kampung Tradisional.

Kejayaan itu diraih bersempena Hari Landskap Negara Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Taman Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang, Johor, semalam, yang melayakkan kampung berkenaan meraih hadiah kemenangan RM5,000, trofi berserta sijil penghargaan.

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dalam satu kenyataan di Facebook rasminya merakamkan ucapan tahniah di atas kejayaan tersebut yang disifatkan cukup membanggakan.

“Syabas diucapkan kepada seluruh komuniti Kampung Felda Hutan Percha atas komitmen, kesungguhan dan semangat gotong-royong dalam mencantikkan persekitaran demi kesejahteraan bersama.

“Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi buat seluruh warga FELDA di seluruh negara,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Felda Hutan Percha, Nizam Baharom dalam satu hantaran di Facebook meluahkan rasa syukur di atas kejayaan cukup membanggakan itu.

“In merupakan satu kejayaan yang amat manis buat semua komuniti atas kerjasama bergotong-royong menjaga persekitaran serta menjaga keindahan dan keceriaan Kampung Felda Hutan Percha.

“Semoga kejayaan ini menjadi aspirasi kuat untuk kami menjelang penilaian Anugerah Aspirasi Desa MADANI Peringkat Kebangsaan nanti,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

588
Kongsi :
Previous post HARI KELUARGA KOTA MELAKA KETENGAH ELEMEN SEJARAH, WARISAN MELAKA
Next post KETUA MENTERI SERU SOKONGAN RAKYAT MELAKA JAYAKAN AGENDA KERAJAAN NEGERI