
Tanah runtuh Fraser Hill: 13 kenderaan terkandas, laluan terputus
KUANTAN, 3 Jan – Polis mengesahkan 13 kenderaan terkandas di antara dua timbunan tanah yang runtuh di Jalan Bukit Fraser-Raub, kira-kira 230 kilometer dari sini, sekitar pukul 1.30 tengah hari tadi.
Ketua Polis Daerah Raub Supt Kama Azural Mohamed berkata semua mereka dipercayai terkandas selepas tidak dapat turun ekoran laluan terputus di KM2 jalan itu, dan usaha untuk berpatah semula ke Bukit Fraser tidak berjaya kerana berlaku tanah runtuh di KM4 jalan sama.
“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Buat masa ini, sebilangan besar mangsa sudah dibawa naik semula ke Bukit Fraser dengan bantuan polis dan orang kampung, selepas mereka berjalan kaki menyeberangi kawasan yang terhalang dengan tanah runtuh.
“Keutamaan diberikan kepada golongan wanita dan kanak-kanak. Sebahagian lagi masih dalam usaha untuk dikeluarkan sebelum dibawa ke Bukit Fraser untuk bermalam hari ini,” katanya semasa dihubungi Bernama hari ini.
Kama Azural berkata pihaknya sudah berhubung dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) di Kuala Kubu Bharu, Selangor, untuk membersihkan runtuhan yang berlaku memandangkan laluan dari Raub juga sudah terputus.
Beliau turut mengesahkan hari ini berlaku runtuhan di tiga lokasi di Jalan Bukit Fraser-Raub yang dipercayai berlaku ekoran hujan berterusan sejak semalam. -BERNAMA
Views:
Related
Berita Lain
KETUA MENTERI UCAP SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA WARGA PENDIDIK
TANJUNG BIDARA 16 Mei - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mengucapkan selamat hari guru kepada semua warga...
‘DAK RAUF TAK LUPA JASA GURU’
TANJUNG BIDARA 16 Mei - Guru atau cikgu, amat dekat di hati Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh,...
MELAKA TAK LOKEK DEMI MEMPERKASA SEKTOR PENDIDIKAN
TANJUNG BIDARA 15 Mei - Akses pendidikan untuk anak Melaka bermula dari tadika, sekolah rendah dan menengah, seterusnya menara grading...
NALURI JURURAWAT MEMANG SENTIASA MAHU MEMBANTU
LENDU 16 Mei - Menerima penghargaan disampaikan sendiri oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, dianggap sebagai penyuntik...
SEPETANG WARISAN SANTAI @ BANDA HILIR HIDUPKAN SUKAN RAKYAT
BANDA HILIR 15 Mei - Kawasan Zon Bebas Kenderaan Banda Hilir bakal dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti kebudayaan dan permainan tradisional...
MINDEF TINGKAT PERUNTUKAN WBL ATM KEPADA HAMPIR RM10 JUTA, SASAR 1,500 ANGGOTA
SUNGAI UDANG 15 Mei – Kementerian Pertahanan (MINDEF) memperluaskan pelaksanaan Program Work-Based Learning (WBL) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tahun ini...


