
Ketua Menteri sertai Majlis Haul Negeri Melaka
TENGKERA 4 Jan. – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali malam tadi telah sertai Majlis Haul Negeri Melaka 2021M/1442H yang diadakan di Masjid Tengkera.
Beliau berkata, penganjuran majlis tersebut dianjurkan adalah bagi memperingati jasa Ulama di negeri ini, di samping memperingati haul Al-Habib Idrus bin Alwi Al-Habsyi yang mana makamnya terletak di Tengkera.
“Majlis ini adalah usaha kecil bagi meraikan serta memperingati jasa alim ulama sekitar negeri Melaka.
“Majlis yang berlangsung di Masjid Tengkera ini antara lain adalah bagi meraikan serta memperingati haul Al-Habib Idrus bin Alwi Al-Habsyi yang mana makamnya terletak di Tanah Perkuburan Islam Tengkera,” katanya menerusi kenyataan di Facebook rasminya, semalam.
Dalam majlis tersebut, sesi ceramah turut diadakan dan disampaikan oleh Al-Habib Mahdi bin Abu Bakar Al-Hamid.
Views:
Related
Berita Lain
KERAJAAN TAWAR PEMBIAYAAN RM14,000 SEHEKTAR UNTUK TANAM SEMULA SAWIT
AYER MOLEK 12 November - Pekebun kecil kelapa sawit persendirian yang mempunyai pokok berusia lebih 25 tahun digalakkan melaksanakan tanaman...
PRN MELAKA: KERJASAMA BN-PN DI LENDU, PENYATUAN TANPA PINGGIR KAUM LAIN
LENDU 12 November - Kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) N.04...
PELANCONG INDIA TERPESONA MAGIS MELAKA
BANDA HILIR 12 November - Keunikan sejarah, kepelbagaian budaya serta sajian makanan yang ditawarkan menjadikan Melaka sebuah destinasi pelancongan menarik...
GELOMBANG BIRU MEMUNCAK, BN-PN YAKIN RAIH KELEBIHAN DI MELAKA
TANJUNG BIDARA 11 November – Gelombang sokongan terhadap Barisan Nasional (BN) di Melaka dilihat semakin mengukuh menjelang hari pengundian Pilihan...
MSPO BUKTI SAWIT MALAYSIA MAMPAN, TANGKIS DAKWAAN NEGATIF INDUSTRI
AYER MOLEK 11 November - Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) menjadi instrumen penting dalam mempertahankan kredibiliti industri sawit negara...
PRN MELAKA: DARI SEJARAH KE MASA DEPAN, AB RAUF SASAR MELAKA JADI HAB PELABUHAN
TANJUNG BIDARA 11 November - Melaka berpotensi mengembalikan kegemilangannya sebagai hab pelabuhan penting negara menerusi pembangunan sektor maritim, berasaskan kedudukan...


