Sorting by

×

CIKGU SALEH, BAPA DR.AKMAL MENINGGAL DUNIA

Masa Membaca:55 Saat

MERLIMAU 11 Julai – Bapa kepada Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh meninggal di kediamannya di Merlimau, di sini akibat sakit tua.

Menurut Dr. Muhamad Akmal dalam hantaran di Facebooknya, bapanya, Allahyarham Saleh Lempah, 66 menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 9.10 pagi tadi.

“Dukacita dimaklumkan bahawa ayahanda kesayangan kami, Cikgu Saleh bin Lempah kembali ke Rahmatullah sebentar tadi. Mohon doakan agar ayahanda kesayangan kami diampunkan dosa beliau dan ditempatkan di kalangan kekasih Allah,” tulisnya.

Menurutnya, jenazah Allahyarham yang lebih dikenali sebagai Cikgu Saleh akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Ar-Rahim, Merlimau di sini selepas solat Jumaat.

Allahyarham meninggalkan balu, Rosnah Hashim serta lima anak.

Pada 29 Jun lepas, Dr. Muhamad Akmal yang juga Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri berkongsi mengenai keadaan kesihatan bapanya yang semakin merosot dan meminta orang ramai yang mendoakan insan kesayangan keluarganya itu.

Masalah kesihatan dialami bekas guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Abdul Rahman Ya’kub (SDARY), Merlimau dan SMK Seri Mahkota, Umbai itu semakin merosot selepas lumpuh sejak beberapa tahun lalu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

671
Kongsi :
Previous post KOMPLEKS BALAI ISLAM BAKAL MENJADI MERCU TANDA BAHARU DURIAN TUNGGAL 
Next post AB RAUF ZAHIR TAKZIAH BUAT DR. MUHAMAD AKMAL