Sorting by

×

1,000 GAMATKAN MELAKA CITY FUN RUN & RIDE 3.0

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

BANDA HILIR 12 Julai – Lebih 1,000 peserta menggamatkan Melaka City Fun Run & Ride 3.0 sempena Vibrant Melaka 2.0: Bridging Technology and Community For Urban Sustainability, hari ini.

Bertempat di Perkarangan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir, program anjuran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) itu disertai seramai 697 peserta acara larian santai dan 335 peserta berbasikal.

Menariknya, acara yang memasuki edisi ketiga itu turut menampilkan peserta Orang Kurang Upaya (OKU), antaranya daripada Persatuan Sukan Orang Pekak dan Persatuan Pekak Negeri Melaka.

Selain itu, ia turut mendapat penyertaan peserta dalam dan luar Melaka antaranya wakil Tranquerah Cycling, Ampang Cops Cycling, Team ACCT, Raiders Pulai Group, GK Ride, MRSCC, Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) Cycling Club, LBC, Geng Kayuh dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Terdahulu, pelepasan peserta Melaka City Fun Run & Ride 3.0 telah disempurnakan Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem; Timbalan Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bandar Hilir Leng Chau Yen serta Datuk Bandar MBMB Datuk Shadan Othman.

Turut bersama, Ketua Ahli Majlis MBMB Clr. Mustafa Mohamed Baboo; Setiausaha MBMB Muhammad Firdaus Shariff; ahli-ahli majlis serta ketua-ketua jabatan MBMB.

Selain larian yang menawarkan medal dan sijil penghargaan, turut diadakan cabutan bertuah dengan hadiah-hadiah menarik kepada peserta.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

550
Kongsi :
Previous post PENGAKAP KELANA EJEN PROMOSI MELAKA DI FORUM ANTARABANGSA
Next post PERMULAAN TRANSFORMASI BAHARU DUYONG