Sorting by

×

ECO CRUISE TASIK CHINCHIN TAWAR PELAYARAN MENDAMAIKAN

Masa Membaca:1 Minit, 19 Saat

RIM 13 Julai – Melaka kini memiliki satu lagi produk pelancongan air menarik iaitu Eco Cruise Tasik Chinchin yang bakal memulakan operasinya esok (14 Julai 2025).

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM), Shaharul Azuar Idris berkata, produk baharu itu memberi peluang kepada pengunjung menelusuri keindahan alam semula jadi di tasik yang damai serta memukau dengan keluasan 100 hektar di daerah Jasin itu.

Jelasnya, tarikan itu merupakan kerjasama di antara PPSPM dengan sebuah restoran tidak asing di kawasan itu iaitu Cafe Markisa bagi menarik lebih ramai pengunjung menjamu selera seterusnya menikmati produk berkenaan.

Tambahnya, bersempena promosi pembukaan, pihaknya menawarkan kadar rata istimewa iaitu hanya RM5 kepada semua pengunjung bermula 14 hingga 31 Julai 2025.

“Manakala pada 1 Ogos hingga 31 Disember 2025, harga istimewa masih ditawarkan iaitu hanya RM10 bagi warganegara dewasa, kanak-kanak warganegara (RM5), pelancong dewasa (RM30) dan pelancong kanak-kanak (RM25), bersempena Hari Pelancongan Sedunia (WTD) 2025.

“Ini adalah satu lagi tarikan dan nilai tambah dari kami untuk membangunkan lagi kawasan ini sebagai lokasi tumpuan pelancong.

“Eco Cruise Tasik Chinchin ini bakal beroperasi setiap hari bermula dari jam 9 pagi hingga 7 malam,” katanya kepada Melaka Hari Ini selepas Majlis Penyerahan Bot ke Tasik Chinchin yang turut dihadiri pemilik Cafe Markisa, Rosli Kamaludin.

Menurut Shaharul Azuar, Eco Cruise Tasik Chinchin itu merupakan sebahagian daripada usaha PPSPM dalam memacu pertumbuhan sektor pelancongan di kawasan selatan Negeri Melaka.

Ujar beliau, selain Tasik Chinchin, satu lagi produk baharu akan menemui pelancong iaitu Eco Cruise Sungai Rambai yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

905
Kongsi :
Previous post MAIM PERMUDAH HIDUP BAHARU PASANGAN MUALAF
Next post GENDANG SUDAH DIPALU, WRUR DUYONG DIBUKA TIRAI SECARA RASMI