Sorting by

×

SEMBILAN PROJEK BAHARU DAN NAIK TARAF JALAN ATASI KESESAKAN DILULUSKAN

Masa Membaca:1 Minit, 27 Saat

DUYONG 18 Julai – Sembilan projek baharu serta naik taraf jalan bertujuan untuk mengatasi kesesakan di beberapa lokasi sekitar Melaka, telah diluluskan Kerajaan Persekutuan dan kini berada di pelbagai peringkat pelaksanaan.

Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata kelulusan projek baharu terbabit merupakan hasil rundingan Kerajaan Negeri bersama Kerajaan Persekutuan dalam usaha memperkemaskan perancangan lalu lintas dan mengatasi kesesakan.

Katanya, antara projek yang telah diluluskan membabitkan naik taraf Jalan Tun Hamzah dari Persimpangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Bukit Katil ke Semabok dengan peruntukan RM300 juta dan dijadual bermula Februari 2025.

“Antara lain membabitkan pembinaan ‘Elevated U-Turn’ dan ‘Direct U-Turn’ dari Pulau Gadong ke Taman Cheng membabitkan kos RM181 juta termasuk RM50 juta untuk kerja awalan.

“Seterusnya pembinaan jalan baharu menghubungkan Kuala Linggi ke Ayer Molek, Masjid Tanah melibatkan kos RM125 juta dan akan bermula pada Mac 2025.

“Pembinaan jalan baharu dari Persimpangan Rim ke Kampung Ulu Jasin dengan kos RM35.2 juta dan projek ini dijangka siap pada Disember tahun ini serta beberapa projek yang akan dimaklumkan dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau berkata kepada Melaka Hari Ini selepas menyempurnakan Majlis Peluncuran Projek Menaiktaraf Jalan di Dewan Serbaguna Kampung Bukit Duyong dan Program Tanggungjawab Sosial Koporat (CSR) Mengecat Parapat di Kawasan Jambatan Duyong (Jalan Duyong – Bukit Baru) di Dewan Serbaguna Kampung Bukit Duyong sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Duyong, di sini, semalam.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Azhar Arshad; Timbalan Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Zahari Abd Kalil; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem dan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Ir. Mohamad Salzeli Moktar serta kenamaan lain.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1268
Kongsi :
Previous post RUMAH TRANSIT DUN DUYONG BUKTI KEPRIHATINAN KERAJAAN KEPADA RAKYAT
Next post KERAP KEMALANGAN, LALUAN DUYONG DINAIK TARAF DEMI KESELAMATAN