Sorting by

×

MAIM SUMBANG RM25,000 BANTU ADIK AIMI BERTARUNG KANSER

Masa Membaca:57 Saat

BANDARAYA MELAKA 18 Julai – Nasib Nor Aimi Zuhairah Muhammad Hafidz, 14 yang berjuang melawan kanser darah (leukemia) mendapat perhatian Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).

Ia selepas MAIM tampil menyampaikan sumbangan berjumlah RM 25,000 kepada keluarga adik Aimi bagi menampung sebahagian daripada kos rawatan keseluruhan yang dianggarkan sebanyak RM123,600.

MAIM dalam satu hantaran di laman Facebook rasminya memaklumkan, pelajar yang masih menuntut di bangku sekolah itu kini sedang menjalani rawatan susulan di Hospital Melaka dan Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur, selain berdepan proses rawatan yang panjang dan menuntut ketabahan luar biasa.

Tambah MAIM, kedua ibu bapanya hanya bekerja sendiri dengan menjalankan perniagaan makanan secara kecil-kecilan.

“Namun dari riak wajah adik Aimi, kami yakin dia sangat kuat mengadapi ujian besar ini kerana masih tersenyum dan ceria menyambut kehadiran kami.

“Kami juga mengalu-alukan kesudian orang ramai khususnya masyarakat Islam dan individu korporat untuk sama-sama membantu menyumbang kos rawatan adik Aimi.

Kepada orang ramai yang ingin membantu adik Aimi, sumbangan boleh disalurkan terus kepada ibunya di nombor akaun 7027047480 (CIMB) atau mengimbas kod QR pada poster di bawah.

Fb img 1752840356415

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

482
Kongsi :
Previous post MELAKA TERUS JADI PILIHAN SYARIKAT GLOBAL, BUKA 500 PELUANG PEKERJAAN BERKUALITI TINGGI
Next post SKUTER ELEKTRIK UNTUK PARAMEDIK APM MELAKA