Sorting by

×

‘PENDEKAR’ SILAT BOLEH BERLATIH PERCUMA DI PERKAMPUNGAN HANG TUAH

Masa Membaca:1 Minit, 24 Saat

DUYONG 19 Julai – Gelanggang Silat di Perkampungan Hang Tuah, di sini, kini boleh digunakan secara percuma oleh persatuan-persatuan silat dari dalam dan luar Melaka bagi menjalankan latihan dan aktiviti seni bela diri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem berkata, inisiatif itu dilaksanakan hasil persetujuan bersama Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman.

“Jadi, kita akan aturkan penggiliran penggunaan gelanggang ini dan menjadikan aktiviti berkumpul beramai-ramai ini sebagai acara bulanan.

“Sebelum ini gelanggang ini digunakan untuk acara tertentu sahaja, tetapi selepas ini setiap hujung minggu akan ada pengisian oleh persatuan-persatuan silat, bukan hanya dari Melaka malah terbuka kepada seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas merasmikan Temasya Silat @ Hang Tuah Centre (HTC) Apresiasi Pendekar Duyong 2025 di Perkampungan Hang Tuah, di sini, malam tadi.

Hadir sama, Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman; Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), Erne Hamsah dan wakil Guru-Guru Silat Duyong, Baharuddin Bacheik.

Img 20250719 023550 224
SUASANA Temasya Silat @ HTC Apresiasi Pendekar Duyong 2025 di Perkampungan Hang Tuah. Kelihatan semangat luar biasa anak-anak persilatan mengadakan persiapan untuk memberikan persembahan yang terbaik. Foto Afiq Mustaffa

Mohd Noor Helmy yang juga Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri berkata, usaha itu merupakan sebahagian daripada inisiatif memperkasakan seni warisan bangsa dan mengangkat Duyong sebagai hub aktiviti silat.

“Terima kasih kepada Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh atas ruang dan peluang yang diberikan ini untuk kita menghidupkan gelanggang ini secara lebih aktif dan menyeluruh,” tambahnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

653
Kongsi :
Previous post SKUTER ELEKTRIK UNTUK PARAMEDIK APM MELAKA
Next post MPHTJ SELESAI 94 PERATUS ADUAN RAKYAT