Sorting by

×

WRUR: DUYONG SERAH ‘BATON’ KEPADA REMBIA

Masa Membaca:56 Saat

DUYONG 26 Julai – Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) secara rasminya bakal ‘berkampung’ selama dua minggu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia bermula 3 Ogos depan.

Ia selepas watikah penganjuran WRUR edisi ketujuh itu diserahkan secara rasmi kepada Penyelaras DUN Rembia Datuk Fairul Nizam Roslan pada Majlis Perasmian Penutup WRUR Duyong di Dewan Terbuka Semabok Dalam, di sini, hari ini.

Gimik penyerahan watikah itu telah disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem sambil disaksikan barisan Exco dan wakil rakyat yang hadir.

WRUR Rembia bakal diadakan 3 hingga 16 Ogos ini dengan menampilkan pelbagai pengisian program menarik khas untuk rakyat dan penduduk setempat.

Sepanjang dua minggu, penduduk juga dipelawa untuk menyalurkan sebarang aduan untuk diselesaikan pelbagai agensi dan jabatan yang akan turun padang bagi mendengar sendiri suara rakyat dan mencari solusi bersama.

Majlis perasmian pembukaan WRUR DUN Rembia dijadual berlangsung pada 3 Ogos ini, di mana ia turut disekalikan dengan pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Melaka bertempat di Dataran Keris, Alor Gajah.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

767
Kongsi :
Previous post WRUR BERJAYA SENTUH HATI ORANG DUYONG
Next post TIADA LESEN, SUNTIKAN TIFOID PENIAGA PASAR MALAM DIKOMPAUN