
Dungun kembali banjir
DUNGUN, 6 Jan – Tidak sampai 24 jam, daerah Dungun di Terengganu kembali banjir dan dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka kembali malam tadi, memetik dari portal Berita Harian sebentar tadi.
Seramai 156 mangsa daripada 49 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja dan Dewan Serba Guna Kampung Shukor.
Tiga PPS iaitu di Kampung Pasir Raja, Dewan Serba Guna Kampung Shukor dan Kampung Minda ditutup jam 10 pagi semalam selepas 154 mangsa daripada 45 keluarga di daerah berkenaan dibenarkan pulang.
Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman, berkata jumlah mangsa banjir di Terengganu ketika ini seramai 267 mangsa daripada 76 keluarga yang ditempatkan di lima PPS di Kemaman dan Dungun.
Beliau berkata, jumlah mangsa banjir di Kemaman juga bertambah apabila 111 mangsa ditempatkan di PPS pagi ini berbanding 82 mangsa setakat petang semalam.
“Semua mangsa daripada 27 keluarga ditempatkan di tiga PPS berbanding 19 keluarga ditempatkan di PPS sama petang semalam,” katanya kepada media hari ini.
Views:
Related

Berita Lain
17 DAS MERIAM BUKA TIRAI ISTIADAT PINGAT MELAKA
SERI NEGERI 24 Ogos - Dentuman 17 das tembakan meriam memecahkan suasana pagi di Seri Negeri, menandakan bermulanya Istiadat Penganugerahan...
RM450,000 BANTU RAKYAT ASAHAN DIAMI RUMAH LEBIH SELESA
ASAHAN 24 Ogos - Sebanyak 13 permohonan menerusi inisiatif Melaka Rumahku di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan diluluskan sehingga tahun...
BUKTI ORANG ASAHAN SAYANG TOK RAUF
ASAHAN 23 Ogos - Kehadiran ribuan rakyat memeriahkan siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan menjadi...
AGENDA SEJAHTERAKAN ASAHAN BELUM BERAKHIR
ASAHAN 23 Ogos - Tamatnya siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan bukan bermakna komitmen...
TOK RAUF PUJI KOMITMEN YB ALONG SANTUNI 32,000 WARGA ASAHAN
ASAHAN 23 Ogos - Komitmen Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan, Datuk Fairul Nizam Roslan atau lebih mesra dikenali sebagai...
‘KENAPA MELAKA TAK RELAKS?’ INI KATA TOK RAUF
ASAHAN 23 Ogos - "Tok Rauf, apa yang tak relaks sangat Melaka ni... Ketua Menteri sendiri pula turun dari satu...

