
PEKERJA KILANG RUGI LEBIH RM480,000 TERPERDAYA PELABURAN DALAM TALIAN
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata pihaknya menerima laporan daripada lelaki berusia 46 tahun itu di Balai Polis Muar, semalam.
“Mangsa menyatakan dia menekan satu pautan selepas terlihat iklan pelaburan itu melalui media sosial Mei lepas dan dia kemudian dihubungi individu tidak dikenali melalui aplikasi WhatsApp.
“Mangsa kemudian diarah memuat turun satu aplikasi bagi tujuan pelaburan dan telah dijanjikan pulangan lumayan hingga 50 peratus jumlah pelaburan dalam seminggu serta 500 peratus dalam tempoh enam bulan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata terperdaya dengan janji manis berkenaan, mangsa telah memasukkan wang ke dalam enam akaun berbeza dengan jumlah 39 transaksi pada 21 Mei hingga 21 Julai lepas membabitkan jumlah keseluruhan RM488,740.
Raiz Mukhliz berkata ketika mangsa cuba membuat pengeluaran yang kononnya telah mencecah RM6 juta, dia diminta membuat bayaran tambahan RM600,000 kononnya bagi tujuan cukai pendapatan.
“Mangsa membuat laporan polis selepas menyedari dirinya ditipu dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
10,000 GOLONGAN SASAR BAKAL TERIMA MANFAAT KAD RAHMAH BLOOM MEKAR MEDIPULIH
DURIAN TUNGGAL 23 September - Lebih 10,000 golongan B40, warga emas, ibu atau bapa tunggal dan masyarakat Orang Asli di...
MASUK MUZIUM PERCUMA UNTUK ANGGOTA ATM, TEBUS HINGGA 19 OKTOBER
AYER KEROH 23 September – Warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Melaka boleh menikmati kemasukan percuma ke lokasi pelancongan terpilih...
LAGA BADAI SELAT MELAKA HIMPUN LEBIH 500 PESILAT
TANJUNG BIDARA 23 September - Lebih 500 pesilat dari pelbagai perguruan dalam dan luar negara menyemarakkan penganjuran Laga Badai Selat...
BANGGA KAMPUNG PULAU SEMAKIN DIKENALI SELEPAS ANAK JATI TERAJUI MELAKA
TANJUNG BIDARA 23 September - Jika dahulu Kampung Pulau sekadar sebuah perkampungan biasa yang tidak begitu dikenali, kini namanya semakin...
CADANGAN BERHUBUNG IPD HANG TUAH JAYA SUDAH DIANGKAT KE BUKIT AMAN
SERI BENDAHARA 23 September - Cadangan penubuhan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) baharu dalam kawasan pentadbiran Hang Tuah Jaya sudah diangkat...
LEBIH 50,000 MERIAHKAN FESTIVAL SUNGAI MELAKA 2026
AYER KEROH 23 September - Seramai 50,000 pengunjung direkodkan hadir memeriahkan Festival Sungai Melaka 2026 berlangsung di beberapa lokasi menarik...
