Sorting by

×

PPSPM AKTIF TEROKA, REBUT PELUANG BAHARU PELANCONGAN

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat
BANDARAYA MELAKA 1 Ogos – Sebagai antara pemain industri utama di negeri ini, Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) mahu mempelbagaikan produk dan meneroka peluang baharu dalam sektor pelancongan.
Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM, Shaharul Azuar Idris berkata, atas keberanian dan kesungguhan mahu memajukan lagi sektor pelancongan Melaka, pihaknya memperkenalkan Eco-Cruise Tasik Chinchin yang dilancarkan secara rasmi oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, pada 22 Julai lalu.
“Dalam tempoh 11 hari sahaja produk pelancongan baharu itu menerima seramai 1,500 pengunjung, sekali gus menggambarkan Melaka sebagai sebuah negeri yang menjadi pilihan dalam kalangan pelancong.
“Terima kasih diucapkan khususnya kepada orang Melaka dan pelancong yang sentiasa menyokong produk PPSPM,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan PPSPM Bagi Bulan Jun Dan Julai 2025, di Pejabat PPSPM di Pengkalan Rama, di sini, 30 Julai lalu.
Hadir sama, Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan Dan Kewangan PPSPM, Khairunnisa Ibno Masooda serta Pengarah Jabatan Pembangunan Perniagaan dan Korporat PPSPM, Salman Salim.
Shaharul Azuar juga mahu kehadiran PPSPM memberi manfaat kepada produk pelancongan lain di negeri ini dan terbaharu pihaknya bekerjasama dengan restoran Hard Rock Cafe dengan menawarkan pakej Cruise Rock The River.
“Menerusi pakej ini pelancong boleh menaiki Premium Cruise sambil menikmati sajian restoran bertaraf antarabangsa Hard Rock Cafe.
“Bersempena ulang tahun ke-20 PPSPM dan Sambutan Hari Pelancongan Dunia 2025 (WTD2025) kami juga bekerjasama dengan Hard Rock Cafe dengan melancarkan t-shirt Melaka River Cruise X Hard Rock Cafe,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

527
Kongsi :
Previous post OPS ‘SELAMAT PAPA’: PREMIS JUAL ROKOK SELUDUP KENA GEMPUR
Next post PAMERAN PANGLIMA AWANG DI MELAKA PADA SEPTEMBER INI