
WRUR REMBIA: 476 ADUAN RAKYAT PERLU DISELESAIKAN
BANDARAYA MELAKA 31 Julai – Sebanyak 476 aduan telah disenarai untuk diselesaikan sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia yang akan diadakan pada 3 hingga 16 Ogos ini.
Penyelaras DUN Rembia, Datuk Fairul Nizam Roslan berkata, jumlah itu adalah hasil penapisan daripada kira-kira 500 aduan yang diterima sebelum ini untuk diselesaikan di semua peringkat.
“Daripada aduan yang kita terima, setelah ditapis kita pendekkan kepada 476 aduan untuk diselesaikan di semua peringkat exco pada WRUR ini nanti,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas program Bicara Santai WRUR DUN Rembia Bersama Datuk Fairul Nizam Roslan di MelakaFM, di sini hari ini.
Menurutnya, setakat ini pihaknya juga telah menyenaraikan sebanyak 157 program yang meliputi semua lapisan masyarakat, bangsa dan umur bagi memastikan ia benar-benar dirasai rakyat.
“Program ini merangkumi penganjuran di peringkat persekutuan, negeri, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan juga Japerun serta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK).
“Saya berharap masyarakat DUN Rembia sama-sama mengambil peluang menyertai semua program yang kita anjurkan sempena WRUR DUN Rembia ini nanti,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
USAHA SANTUNI RAKYAT DI MELAKA BUKAN BAHARU, TELAH BERMULA TIGA TAHUN LALU
SERI NEGERI 22 September - Kerajaan Melaka telah melaksanakan pelbagai usaha menyantuni rakyat secara berterusan sejak tiga tahun lalu menerusi...
HALA TUJU KERJASAMA AMBIL KIRA KEPENTINGAN RAKYAT MELAKA – AB RAUF
SERI NEGERI 22 September - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh akan mengadakan rundingan dengan parti-parti yang terlibat...
DUN MELAKA BUBAR, URUSAN KERAJAAN NEGERI TERUS BERJALAN SEPERTI BIASA
SERI NEGERI 22 September - Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka berkuat kuasa esok (23 September) tidak akan menjejaskan urusan...
DUN MELAKA DIBUBAR BERKUAT KUASA ESOK
SERI NEGERI 22 September - Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan berkuat kuasa esok (23 September) bagi memberi laluan kepada...
RISIKO BANJIR SEMAKIN KURANG, PENDUDUK RIM BOLEH TIDUR TENANG – KHAIDHIRAH
RIM 22 September – Penduduk di beberapa kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim kini lebih lega apabila masalah banjir kilat...
SIMPANG SCIENTEX DURIAN TUNGGAL BAKAL DINAIK TARAF KEPADA BULATAN
DURIAN TUNGGAL 22 September - Kajian akan dilaksanakan berhubung cadangan menaik taraf persimpangan taman perumahan Scientex, Belimbing Dalam ke Machap...
