Sorting by

×

RMK13: TUMPU ZON PELABURAN PELANCONGAN DI MELAKA, TIGA NEGERI

Masa Membaca:58 Saat

AYER KEROH 31 Julai – Kerajaan akan memberi tumpuan kepada empat negeri iaitu Melaka, Johor, Negeri Sembilan dan Sarawak bagi pembangunan zon pelaburan pelancongan (STIZ).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, STIZ bakal dibangunkan dengan kerjasama di antara Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, pihak swasta dan koperasi dalam memastikan industri pelancongan negara terus segar.

Menurut beliau, zon berkenaan akan menjadi pemangkin kepada penciptaan produk
pelancongan baharu seperti pelancongan berasaskan aset seni, budaya dan warisan serta alam semula jadi seperti Lembah Lenggong dan Gua Niah yang diiktiraf UNESCO.

“Selain itu, melalui Inisiatif Warisan Kuala Lumpur, khazanah bersejarah seperti Bangunan Sultan Abdul Samad, Dataran Merdeka, Stesen Keretapi Kuala Lumpur sehingga Carcosa Seri Negara akan dipulihara dan dipelihara.

“Industri inap desa juga akan diperkasa bagi melebarkan limpahan ekonomi sehingga ke desa,” katanya ketika membentangkan RMK13 di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut Perdana Menteri, pada 2024, perbelanjaan pelancong asing di dalam negara telah melonjak kepada RM102.2 bilion.

Justeru, beliau menyasarkan sumbangan sektor pelancongan akan terus meningkat dan mencapai 16 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sepanjang tempoh RMK13, lebih-lebih lagi sepanjang Tahun Melawat Malaysia 2026.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

848
Kongsi :
Previous post 81 RUMAH DISANTUNI SEMPENA WRUR REMBIA
Next post MELAKA TEROKA AMALAN BAIK INDUSTRI PEMPROSESAN DAGING DI NEW ZEALAND