Sorting by

×

PENGGIAT PELANCONGAN MELAKA SAMBUT BAIK FOKUS RMK13 TERHADAP ‘STIZ’

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

AYER KEROH 1 Ogos – Penggiat industri pelancongan Melaka menyambut baik tumpuan kerajaan menerusi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang memberi penekanan terhadap pembangunan Zon Pelaburan Pelancongan (STIZ) di empat negeri termasuk Melaka.

Presiden Persatuan Pelancongan Melaka (MTA), Madelina Kuah berkata, inisiatif itu turut melibatkan Johor, Negeri Sembilan dan Sarawak yang diyakini mampu merancakkan lagi pembangunan pelancongan berasaskan seni, budaya, warisan dan alam semula jadi di negara ini.

“Fokus kepada empat negeri ini adalah satu langkah sangat baik kerana ia dapat merangkaikan acara-acara pelancongan domestik dan antarabangsa secara serentak, sekali gus memberi pendedahan yang lebih besar kepada para pelancong.

“Kami berharap acara yang dianjurkan kelak berbentuk ‘wow factor’. Melaka sudah membuktikan kejayaan dengan penganjuran pelbagai program berskala besar seperti Melaka Bila Larut Malam yang mendapat sambutan menggalakkan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Whatsapp image 2025 08 01 at 13.48.15
MADELINA

Beliau berkata, usaha itu juga akan memberi impak positif kepada pelancongan kebudayaan dan kesenian negeri-negeri terbabit, selain membuka peluang kerjasama lebih luas dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta pemain industri lain.

“Penggiat industri juga menantikan bantuan dana dan peruntukan caj warisan daripada Kerajaan Negeri bagi memperkukuh pelaksanaan aktiviti pelancongan.

“Melaka sebagai tapak warisan dunia UNESCO perlu diberi keutamaan dalam usaha pemeliharaan dan pemuliharaan produk pelancongan berasaskan warisan. Ini akan memastikan nilai dan keunikan negeri ini terus kekal terserlah,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan STIZ akan menjadi pemangkin kepada penciptaan produk pelancongan baharu, termasuk destinasi yang telah diiktiraf UNESCO.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

570
Kongsi :
Previous post JAWATANKUASA MASJID, SURAU DI MELAKA PERLU SENTIASA TELUS
Next post PELARASAN TARIF AIR MELAKA DEMI KELESTARIAN BEKALAN – SAMB