
APA ITU PENANDA KANSER (TUMOUR MARKER)?
Oleh: Datuk Dr. Shankar Gunarasa
Pakar Bedah Kolorektal dan Umum, Robotik dan Laparoskopi
Pantai Hospital Ayer Keroh Melaka
TAHUKAH anda? Dalam ujian saringan dan rawatan susulan kanser, selain daripada ujian endoskopi dan CT scan, penanda kanser (tumour marker) adalah antara salah satu kajian yang juga akan dijalankan.
Apakah itu penanda kanser? Di dalam istilah perubatan ‘tumour marker’ ini adalah kompaun sel protein yang dihasilkan oleh kanser tersebut.
Bergantung kepada jenis kanser tersebut, kompaun ini boleh ditemui di dalam darah.
JENIS PENANDA KANSER
Pelbagai jenis penanda kanser yang ada, antaranya:
• Carcinoembrayonic antigen/CEA: Selalunya tinggi pada kanser kolorektal
• Prostate specific antigen/PSA: Selalunya tinggi pada kanser prostat
• CA 19-9: Selalunya tinggi pada kanser pankreas
• CA 15-3: Selalunya tinggi pada kanser payudara
• Alpha-fetoprotein/AFP: Selalunya tinggi pada kanser hati, germ cell kanser dan kanser buah zakar
• CA-125: Selalunya tinggi pada kanser ovari

TUJUAN PENANDA KANSER
Penanda kanser ini digunakan untuk beberapa sebab di dalam rawatan kanser.
Bagi saya, saya sering mengunakan penanda kanser ini ketika diagnosis kanser sebagai ‘baseline’ rawatan dan juga semasa rawatan susulan atau ‘follow up’.
Antara tujuannya adalah untuk:
• Screening
• Diagnois
• Menguji keparahan kanser
• Prognosis
• Keberkesanan rawatan dan terapi
SALAH FAHAM TENTANG PENANDA KANSER
Tetapi masyarakat perlu ingat, penanda tumor ini hanya digunakan sebagai ‘adjunct’ atau dijalankan serentak dengan ujian lain seperti endoskopi dan CT Scan.
Penanda ini TIDAK SEHARUSNYA digunakan 100 peratus untuk mendiagnosis atau mengesahkan seseorang itu menghidap kanser atau tidak.
Ini adalah kerana penanda kanser ini tidak mempunyai kejituaan (specificity) atau kepekaan (sensitivity ) yang tinggi.
Oleh itu anda tentu tertanya-tanya apakah sebenarnya fungsi penanda kanser ini? Penanda ini hanya sesuai digunakan untuk melihat sama ada rawatan kanser yang diberikan oleh doktor berkesan ataupun tidak dan juga untuk melihat kanser itu berlaku semula ataupun tidak (recurrent cancer).
Itulah sebabnya, ujian penanda kanser ini dilakukan di samping dengan rawatan endoskopi dan CT scan.
Sebagai contoh, jika seseorang mempunyai kanser usus, penanda tumor CEA di ambil dan bacaanya kelihatan tinggi. Setelah pembedahan dibuat, doktor akan menguji darah untuk melihat tahap CEA .
Sekiranya bacaannya semakin turun, maka pembedahan yang dibuat telah berjaya membuang kanser daripada badan pesakit tersebut. Jika masih tinggi, mungkin kanser sudah merebak ke tempat yang lain. Interpretasi penanda kanser ini perlu dibuat oleh doktor yang merawat.
Banyak pomosi ujian ini boleh dilihat di makmal swasta, tetapi anda perlu mendapat nasihat yang sebenar dari doktor yang bertauliah. Oleh itu, berhati-hati bila menginteprasi bacaaan penanda kanser ini.
Sekiranya anda perlu mengetahui lebih lanjut tentang ujian penanda kanser ini, anda boleh berhubung dengan Datuk Dr. Shankar Gunarasa, Pakar Bedah Umum & Kolorektal, Laparoskopi dan Robotik di Pantai Hospital Ayer Keroh Melaka di talian 06 2319999 Samb; 2131 atau nombor whatsapp Klinik Datuk Dr. Shankar Gunarasa +60167476060.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.