Sorting by

×

PELABURAN BERTERUSAN LAHIRKAN ANAK MUDA PROGRESIF, BERWAWASAN

Masa Membaca:2 Minit, 1 Saat

REMBIA 8 Ogos – Pelaburan untuk memperkasakan anak muda Melaka menerusi pelbagai program dan inisiatif, membuktikan Kerajaan Negeri memandang serius dalam aspek melahirkan belia yang berkualiti.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, Kerajaan Negeri tidak memandang belia sebagai beban, tetapi pemegang saham masa depan Melaka.

Katanya, pada tahun ini Kerajaan Negeri Melaka melaksanakan pelbagai inisiatif dan dasar untuk memperkasa belia dan anak muda yang antaranya Rumah Belia Melaka (RBM), menyediakan Skim khas dengan 1,754-unit rumah mampu milik untuk golongan itu, sebagai pemilikan pertama.

Menurutnya, sementara itu Akademi Kepimpinan Belia Melaka (AKBM) menyediakan Latihan intensif kepada pemimpin pelapis dalam bidang dasar, retorik, sahsiah dan perkhidmatan komuniti.

“Turut dilaksakan adalah Tiga Inisiatif Strategik MGBM (2025) iaitu Belia Pro Bono iaitu inisiatif Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) yang membentuk platform golongan profesional muda, Ekonomi Malam Belia yang menjadi satu platform kreatif dan keusahawanan malam untuk belia.

“Inisitif ini turut melibatkan Transformasi Kawasan Terbiar oleh Belia bertujuan menghidupkan semula lokasi usang dengan projek komuniti.

“Dana Khas Persatuan Belia pula membantu aktiviti persatuan belia dalam bidang keusahawanan, pendidikan dan khidmat
masyarakat. Program Digitalisasi dan TVET pula melibatkan Latihan kemahiran digital dan teknikal bagi memastikan anak muda Melaka mampu bersaing di pentas global,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Pembangunan Pemimpin Pelapis Sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia anjuran Institut Tun Perak (ITP) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia di Dewan Serbaguna Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah, di sini, semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rosli Abdullah.

Hadir sama Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Fairul Nizam, merangkap Penyelaras DUN
Rembia; Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Mustafa Musa; Ketua Pegawai Eksekutif ITP, Prof Madya Dr. Ainuddin Iskandar Lee Abdullah dan Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Alor Gajah, Sektor Pengurusan Sekolah, Muhammad Hamka Dollah.

Rahmad menegaskan anak muda bukan sahaja perlu celik teknologi, tetapi juga peka kepada nasib rakyat, bukan sahaja tahu bercakap, tetapi berani bertindak dan bukan sekadar bijak mencipta kandungan, tetapi juga cekap mengatur solusi.

“Anak muda Melaka mesti bangkit. Kita tidak boleh hanya bergantung kepada warisan tetapi perlu cipta nilai baru, buktikan bahawa anak muda mampu memimpin dengan akal, dengan adab dan dengan amanah.

“Biar muda usianya, tapi besar cita-citanya. Biar kecil jawatannya, tapi besar pengaruh baktinya,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

438
Kongsi :
Previous post SKM KOMITED CAPAI SASARAN 200 KOPERASI MASJID DI MELAKA
Next post HEBAT: ADUAN LIPUTAN TELEKOMUNIKASI DAPAT PERHATIAN