Sorting by

×

AB RAUF KETUA MENTERI KEDUA TERIMA PENGIKTIRAFAN HRD ASIA

Masa Membaca:2 Minit, 12 Saat

CYBERJAYA 9 Ogos – Rakyat Melaka adalah keutamaan bagi Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dalam setiap perancangan direcanakan beliau sepanjang lebih dua tahun menerajui negeri ini.

Komitmen dan kesungguhan Ab Rauf, melayakkan beliau menjadi Ketua Menteri kedua di negara ini yang menerima pengiktirafan anugerah pencapaian sepanjang hayat daripada Human Resource Development (HRD) Asia selepas bekas Yang di-Pertua Negeri dan Ketua Menteri Sarawak, Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud.

Katanya, antara visi utama beliau selepas mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 adalah membina masyarakat yang berkemampuan dan menerajui masa hadapan.

“Rakyat itu umpama akar, pemimpin itu umpama pohonnya. Jikalau tiada akar, nescaya pohon tidak akan mampu berdiri teguh.

“Rakyat adalah akar dan sebagai pemimpin kita tidak boleh sesekali melupakan atau leka mengenai kekuatan sebenar membantu kita berdiri teguh,” kata Ketua Menteri ketika berucap selepas menerima anugerah pencapaian sepanjang hayat daripada HRD Asia pada Majlis Makan Malam Asia HRD Awards 2025 di Universiti Cyberjaya, di sini, malam tadi.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Azhar Arshad dan Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Wira Salhah Salleh.

Tedahulu Ketua Menteri menerima anugerah pencapaian sepanjang hayat daripada HRD Asia disampaikan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Asia HRD Awards 2025 Dr. Mohamed Waheed Hassan Manik.

Katanya sejak dua tahun lalu, Melaka sudah melaksanakan lebih 100 inisiatif yang bermatlamat untuk memperkasakan rakyat negeri ini.

“Menerusi Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR), barisan Exco, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) wakil jabatan dan agensi Kerajaan Negeri turun padang menyantuni rakyat, merobohkan tembok perpaduan, membina keyakinan dan alhamdulillah setakat ini lebih 500 permasalahan komuniti berjaya diselesaikan menerusi WRUR.

“Transformasi 618 kampung tradisional kepada Kampung Digital sedang berjalan ketika ini akan meningkatkan lagi capaian kepada perkhidmatan awam, kecemasan dan perancangan Nasional. Inovasi seperti alamat menggunakan kod QR pula menjadi model kepada sistem Alamat Nasional Malaysia.

“Atas dasar cakna pendidikan golongan B40 kita juga melancarkan Tabika Tunas Istimewa iaitu Tabika Autisme pertama negara di Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS). Selain itu, Melaka juga melancarkan lafaz taklik perikahan dalam bentuk tulisan ‘braille’ untuk kemudahan orang kurang upaya (OKU) penglihatan,” katanya.

Sementara itu, Ab Rauf berkata, perkhidmatan kesihatan lebih menyeluruh pula dijayakan menerusi inisiatif Paramedik Komuniti (PARAKOM) dengan lebih 1,400 sukarelawan terlatih yang setakat ini menyelamatkan hampir 300 nyawa.

“Menyentuh aspek ekonomi pula Melaka berjaya menarik pelaburan bernilai RM8.18 bilion, melepasi RM5 bilion yang disasarkan. Setiap ringgit hasil pelaburan ini membuka peluang pekerjaan, memperkukuhkan lagi sektor perniagaan dan meningkatkan taraf hidup rakyat.

“Kita mewujudkan ekosistem ekonomi yang bukan hanya memberikan faedah kepada pelabur ,tetapi membina ekonomi untuk rakyat Melaka. Faedah ini turut diikmati oleh graduan Pendidikan dan Latihan dan Vokasional (TVET),” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

698
Kongsi :
Previous post KOMITMEN AB RAUF BANGUNKAN MODAL INSAN MELAKA DIIKTIRAF HRD ASIA
Next post ‘ANUGERAH INI HADIAH ISTIMEWA UNTUK RAKYAT MELAKA’ – KM