Sorting by

×

TAPEM TERUS BERJASA, PERKASA AGENDA PENDIDIKAN ANAK MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

AYER KEROH 22 Ogos – Sejak ditubuhkan Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) sentiasa melakukan pembaharuan dan tampil dengan idea baharu bagi memastikan aspirasi memperkasakan sektor pendidikan negeri tidak terbantut.

Pengurus Besar TAPEM, Abdul Aziz Baba berkata setakat Ogos 2025 pihaknya sudah membelanjakan sebanyak RM12 juta bagi melaksanakan pelbagai program dan inisiatif pendidikan yang memberikan manfaat kepada anak jati Melaka.

Katanya, usaha tersebut seiring dengan hasrat menjadikan Melaka sebagai negeri yang maju dan lestari dalam bidang pendidikan.

“Bagi menjayakan Majlis Apresiasi pelajar cemerlang Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), BIJAK STPM, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) serta pelajar Huffaz Tahun 2024 dan Majlis Pelancaran BIJAK STPM ini, TAPEM telah membelanjakan lebih RM100,000.

“Sumbangan ini jelas menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri untuk memastikan sistem pendidikan berjalan lancar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Melaka Hari Ini pada Majlis Apresiasi Pelajar Cemerlang STPM, STAM dan Pelajar Huffaz Tahun 2024 dan Majlis Pelancaran Bijak STPM 2025 Negeri Melaka yang disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, semalam.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Azhar Arshad; Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman bersama timbalannya, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Salhah Salleh serta Pengarah Pelajaran Negeri Melaka Mahfudzah Mohamed Noor.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

523
Kongsi :
Previous post GAMA: INISIATIF MELAKA TANGANI BULI
Next post MERIAHKAN BULAN KEBANGSAAN, PPSPM EDAR 200 JALUR GEMILANG