Sorting by

×

BANGUNAN ASRAMA SEKOLAH MENENGAH PAY FONG DIJANGKA SIAP FEBRUARI 2026

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

BANDARAYA MELAKA 21 Ogos – Projek pembinaan Bangunan Asrama Sekolah Menengah (SM) Pay Fong, dijangka siap sepenuhnya pada Februari 2026.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, memuji inisiatif pihak pengurusan sekolah bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta bekas pelajarnya yang berganding bahu mengumpul dana bagi membina bangunan asrama tersebut.

Katanya, meskipun tapak asrama terletak dalam kawasan mampan iaitu UNESCO, pihak sekolah telah merencanakan kompleks berkenaan mengikut kaedah warisan yang terbaik.

“Saya amat yakin dengan peranan dimainkan oleh Pengerusi Lembaga Pengurus SM Pay Fong, PIBG dan bekas pelajar, kini mereka berjaya membina kompleks ini yang dijangka siap sepenuhnya pada Februari 2026.

“Pembangunan dilaksanakan adalah satu projek yang cukup baik bertujuan memajukan perkembangan pendidikan dan sumbangan ini menunjukkan kerjasama erat antara komuniti serta pihak sekolah,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan perasmian Majlis Pecah Tanah Pembinaan Bangunan Asrama SM Pay Fong, di sini, hari ini.

Hadir sama Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman; Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Negeri, Datuk Ngwe Hee Sem, Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Allex Seah Shoo Chin; Pengerusi Lembaga Pengurus SM Pay Fong, Su Chin Hock serta kenamaan lain.

Projek pembinaan empat blok bangunan tiga tingkat dilengkapi 170 bilik mampu menampung lebih 700 pelajar itu menelan belanja RM40 juta, melibatkan kawasan seluas 2.42 hektar.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

431
Kongsi :
Previous post POLIS MINTA ORANG RAMAI KESAN REMAJA HILANG DI IPOH
Next post 200 BERKONVOI SEBAR MESEJ PERPADUAN, SAYANGKAN NEGARA