Sorting by

×

PUSAT SEHENTI USAHAWAN MELAKA DI UTC BEROPERASI SEPTEMBER

Masa Membaca:54 Saat

AYER KEROH 23 Ogos – Sebuah ‘One Stop Centre’ atau pusat sehenti untuk para usahawan di negeri ini akan mula beroperasi di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Melaka pada September ini.

Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Allex Seah Shoo Chin berkata, pusat sehenti itu diwujudkan bagi memudahkan para usahawan mendapatkan maklumat, khidmat nasihat serta akses kepada pelbagai agensi berkaitan di bawah satu bumbung.

“Persiapan akhir sedang giat dijalankan dan pastinya ia menjadi satu lagi inisiatif penting Kerajaan Negeri dalam memperkukuh ekosistem keusahawanan tempatan.

“Dengan adanya pusat ini, kita berharap lebih ramai usahawan akan mendapat manfaat serta melonjakkan sektor ke tahap lebih tinggi,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Terdahulu, beliau mempengerusikan Mesyuarat Post Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Melaka, Bil. 8/2025 di Bilik Mesyuarat Seri Kesidang, Perbadanan Melaka (MCORP), semalam.

Dalam pada itu, Allex berharap dengan adanya One Stop Centre berkenaan, sektor keusahawanan di Melaka dapat dilonjakkan ke tahap yang lebih tinggi.

“Semoga segala perbincangan yang telah dibuat sebelum ini dapat memberi manfaat kepada semua,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

370
Kongsi :
Previous post WORLD TOURISM DAY: ULANGAN INTERAKSI PERADABAN DUNIA DI MELAKA
Next post KEPUASAN BERBUDI KEPADA TANAH