Sorting by

×

ZON BEBAS KENDERAAN BAWA LIMPAHAN EKONOMI BUAT PENIAGA

Masa Membaca:57 Saat

SERI NEGERI 24 Ogos – Pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan di Banda Hilir terbukti berupaya memberi limpahan kepada sektor pelancongan dan peniaga apabila menggamit jutaan pengunjung saban tahun.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, setakat Julai 2025, inisiatif itu menarik lebih 4.36 juta pengunjung setakat Julai 2025 dan tempiasnya telah dirasai lebih 900 peniaga tempatan.

Jelas beliau, lanjutan daripada kejayaan tersebut, Kerajaan Negeri telah memperluas inisiatif ini ke Klebang dan Dataran Keris, Alor Gajah.

“Inisiatif ini merupakan antara usaha Kerajaan Negeri merangka pembangunan yang sentiasa ditunjangi prinsip kelestarian, agar setiap inci bumi bertuah ini menikmati kemajuan yang seimbang dan mampan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Ucapan Taat Setia Ketua Menteri Melaka pada Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Rasmi Hari Jadi Ke-76 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam di Balai Istiadat Seri Negeri, hari ini.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Azhar Arshad; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri serta lain-lain kenamaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

371
Kongsi :
Previous post MELAKA BILA LARUT MALAM 2025 GAMIT 70,000 PENGUNJUNG
Next post JAWATANKUASA KHAS ‘TEKSI AIR’ SUNGAI MELAKA DIWUJUDKAN