Sorting by

×

JADIKAN MELAKA NEGERI CONTOH KEHARMONIAN DAN PERPADUAN

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

SERI NEGERI 24 Ogos – Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam mahu Melaka menjadi negeri contoh dalam keharmonian dan perpaduan.

Bagi merealisasikan hasrat itu, beliau menyeru agar rakyat Melaka terus berdiri teguh di belakang kerajaan demi perpaduan, kestabilan dan kepentingan bersama.

“Keunikan masyarakat majmuk kita yang terdiri daripada pelbagai bangsa, budaya dan keturunan adalah aset terbesar yang telah menjadi nadi kemajuan serta kemakmuran negara, khususnya Negeri Melaka.

“Justeru, saya amat berharap agar seluruh rakyat Melaka terus berganding bahu menjaga keharmonian antara kaum, agar negeri ini kekal aman, damai dan terus melangkah maju,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap bersempena Sambutan Hari Jadi Ke-76 di Balai Istiadat Seri Negeri, hari ini.

Hadir sama, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh; Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Azhar Arshad; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri serta lain-lain kenamaan.

Dalam pada itu, Tun Dr. Mohd Ali turut menitipkan pesanan agar setiap rakyat di negeri ini menjauhi sebarang tindakan yang boleh mencetuskan provokasi perkauman.

“Walaupun rakyat diberi kebebasan bersuara, janganlah kebebasan itu disalah guna dengan menimbulkan isu-isu sensitif dan kontroversi yang boleh emretakkan tali persaudaraan dan merosakkan semangat muhibah sesama kita,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

387
Kongsi :
Previous post MELAKA NEGERI PILIHAN PELAJAR TVET
Next post KETUA HAKIM NEGARA DAHULUI SENARAI 331 PENERIMA PINGAT DARJAH KEBESARAN MELAKA