Sorting by

×

FAN BINGBING TERUJA, SEDIA PROMOSI PELANCONGAN MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

SERI NEGERI 24 Ogos – Selebriti terkenal China merangkap Duta Setiakawan Pelancongan Negeri Melaka, Datuk Fan Bingbing, menyatakan komitmennya untuk terus membantu mempromosikan Melaka sebagai destinasi pelancongan antarabangsa selepas menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M.) yang membawa gelaran Datuk, hari ini.

Fan Bingbing yang jelas teruja dan berasa amat dihargai atas pengiktirafan tersebut berjanji untuk terus memainkan peranan sebagai jambatan persahabatan antara Melaka dan China.

“Saya berasa sangat gembira. Ini merupakan satu penghormatan yang amat besar dan saya berharap dapat membawa lebih banyak kisah baik untuk Melaka.

“Sudah tentu saya akan terus bekerjasama dengan Melaka. Malah September nanti saya akan kembali semula ke Melaka, ada banyak acara serta urusan baharu yang menanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menerima penganugerahan tersebut pada Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Hari Jadi Ke-76 Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam.

Fan Bingbing sebelum ini dilantik sebagai Duta Setiakawan Tahun Melawat Melaka bagi mengukuhkan lagi usaha promosi pelancongan negeri, khususnya menarik lebih ramai pelancong dari China yang merupakan antara pasaran utama Malaysia.

Majlis penuh istiadat berkenaan turut dihadiri barisan kepimpinan negeri serta tetamu kehormat.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

549
Kongsi :
Previous post 7 AGENDA PACU MELAKA LESTARI, MAJU – KM
Next post TUN DR. MOHD ALI MAHU MELAKA TUMPU PERTANIAN MODEN, PINTAR