
BENGKEL TERBAKAR: 37 KERETA, TUJUH MOTOSIKAL MUSNAH
Penolong Pengarah Operasi Jawatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.31 dan seramai 21 pegawai dan anggota bersama tiga jentera dan lori tangki dari Balai Bomba Shah Alam dan Jelutong, dikejarkan ke lokasi kejadian.
Beliau berkata setibanya di lokasi mendapati kebakaran melibatkan sebuah bangunan Kelas A yang dijadikan bengkel kenderaan berkeluasan 50×100 kaki persegi, dengan kebakaran memusnahkan kira-kira 90 peratus struktur bangunan tersebut.
“Kebakaran tidak melibatkan mangsa di dalam bangunan kecuali seorang pekerja bengkel telah melecur di tangan disebabkan ingin mengalih kenderaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
“Status mangsa stabil dan telah di bawa ke hospital oleh pihak keluarga,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata punca kejadian masih dalam siasatan. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TOK RAUF INGATKAN PENGUNDI MUDA, BIJAK MEMILIH DEMI KESTABILAN
TANJUNG BIDARA 7 November – Pengundi muda diingatkan supaya tidak tersilap membuat pilihan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16...
PRN MELAKA: TOK JEZ BAKAL BENTANG PELAN ASPIRASI KHUSUS SUNGAI RAMBAI
SUNGAI RAMBAI 7 November - Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi N.28 Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai, Jezlee Pit...
BN-PN MENYATU, BEMBAN MENANG YADZIL DI BLOK KERAJAAN – AB RAUF
BEMBAN 7 November - Kerjasama politik yang terjalin antara parti komponen membuka ruang kepada calon Perikatan Nasional (PN) N.24 Dewan...
DEEPAVALI TETAP MERIAH DALAM BAHANG PRN MELAKA
BANDA HILIR 7 November - Bahang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 yang semakin terasa tidak sedikit pun memudarkan...
PRN MELAKA: ONN HAFIZ MAHU KERJASAMA BN-PN KEKAL SELAMA-LAMANYA
SERKAM 7 November - Kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) diharap dapat dikekalkan selama-lamanya bagi memperkukuh penyatuan...
PRN MELAKA: KJ LIHAT NORAZRIL ADA BANYAK KELEBIHAN DI REMBIA
REMBIA 7 November - Hubungan dua hala antara calon dan masyarakat setempat menjadi antara perkara yang ditekankan bekas Ketua Pemuda...
