Sorting by

×

ADUN SUNGAI RAMBAI, YANG DIPERTUA MPAG ANTARA 439 PENERIMA DARJAH KEBESARAN SESI KEDUA

Masa Membaca:1 Minit, 49 Saat

SERI NEGERI 25 Ogos – Timbalan Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Siti Faizah Abdul Azis dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) Datuk TPr. Saifuddin Abdul Karim antara 439 penerima bagi Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Hari Jadi Ke-76 Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam sesi kedua, hari ini.

Siti Faizah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Rambai dan TPr. Saifuddin menjadi antara 69 penerima dianugerahkan Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) yang membawa gelaran Datuk.

6152474329091263649
DATUK TPr. Saifuddin Abdul Karim dianugerahkan Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) membawa gelaran Datuk oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka. Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam. Foto Muhammad Rasul Azli Samad

Turut dianugerahkan D.P.S.M bagi sesi kedua adalah Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka, Datuk Adi Supian Shafie.

Terdahulu Principal First Avenue Partners (Asia) Sdn Bhd, Datuk Seri Lim Kim Kee mendahului senarai dan menjadi penerima tunggal Darjah Gemilang Seri Melaka (D.G.S.M) yang membawa gelaran Datuk Seri pada istiadat yang berlangsung di Balai Istiadat di Seri Negeri, di sini.

Sementara itu Presiden Persatuan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (MSOH), Datuk Wira Ahmad Fakhrul Anuar Ismail pula antara sembilan penerima Darjah Cemerlang Seri Melaka (D.C.S.M) yang membawa gelaran Datuk Wira.

Diikuti Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Dr. Shahnaz Sulaiman mendahului senarai penerima pingat Darjah Mulia Seri Melaka (D.M.S.M) yang membawa gelaran Datuk.

Manakala, seramai 28 penerima dianugerahkan Darjah Seri Melaka (D.S.M) kepada orang perseorangan yang memberi perkhidmatan dan bakti terpuji kepada Negeri Melaka.

Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Shaifulfazlee Mohamad dan Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Melaka, Ezlina Alias pula antara 51 penerima yang dianugerahkan Bintang Cemerlang Melaka (B.C.M).

Seramai 85 individu dianugerahkan Bintang Khidmat Terpuji (B.K.T), 139 penerima Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K), 51 penerima Pingat Bakti Masyarakat (P.B.M) dan dua penerima Pingat Khidmat Lama (P.K.L).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1564
Kongsi :
Previous post TERNAKAN IKAN KELI ERATKAN PERPADUAN PENDUDUK DUA TAMAN PERUMAHAN
Next post ‘ANUGERAH INI MENJADI PEMBAKAR SEMANGAT’